PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menyeru agar beberapa peraturan kepada media untuk membuat liputan pertandingan bola sepak Liga Super dan Liga Premier dikaji semula kerana ia dianggap kurang tepat dan agak membebankan.

Peraturan mewajibkan media terutama jurugambar atau jurukamera untuk membuat Ujian Kit Ujian Pantas (Rapid Test Kit atau RTK) Antigen pada setiap perlawanan akan menambahkan lagi kos operasi pihak petugas media dalam masa pandemik COVID-19 ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan SAM:

https://kitareporters.com/search?search=penulis+sukan


JASNI SHAFIE


Presiden SAM, Datuk Jasni Shafie berkata, setiap kali ujian RTK Antigen melibatkan anggaran kos RM100-RM150 yang perlu dibelanjakan oleh seorang petugas media.

"Bayangkan kos perbelanjaan yang harus ditanggung oleh pihak media pada setiap perlawanan dan jika sepanjang musim. Bukan sekadar kos dari segi wang ringgit malah kekangan masa untuk melaksanakan proses ini juga haruskan dititikberatkan," katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2021.

SAM sedar Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku pengendali liga bola sepak tempatan sekadar melaksanakan peraturan berdasarkan garis panduan oleh Kementerian Kesihartan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), tetapi pihak berwajib itu harus juga mengambil kira impak kewangan kepada petugas media.



Dalam pada itu, Jasni berkata, larangan wartawan untuk menemu bual jurulatih atau pemain ketika latihan juga kelihatan suatu tindakan yang ‘mengarut’ kerana ia sebenarnya boleh diadakan dengan SOP yang sedia ada.

"Kalau Menteri boleh ditemu bual dengan pematuhan SOP tertentu, kenapa ahli sukan tidak dibenarkan?," tambahnya.

Sehubungan itu, SAM akan meminta bantuan daripada Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican untuk memanjangkan masalah ini kepada MKN dan KKM agar satu solusi lebih munasabah dapat dicari.

"Media sentiasa bersama untuk mengaktifkan semula aktiviti sukan melalui Gelembung Sukan yang dilaksanakan, tetapi kebebasan dan kemudahan kepada media juga harus dititikberatkan," jelasnya dalam kenyataan media tersebut. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: