BAGAIKAN bulan jatuh ke riba, begitulah andaian yang dapat dirasai penyanyi baru yang menggelarkan dirinya Sya apabila berjaya menjadi penyanyi rap wanita yang pertama bagi Def Jam Asia Tenggara dengan single sulungnya, ‘PrettyGirlBop’.  Lebih menarik, lagu pertamanya itu mendapat sentuhan penerbit terkenal Malaysia, SonaOne manakala bintang rap popular Singapura, Yung Raja turut melengkapkan ramuan lagunya menjadi lebih sempurna. : KitaReporters


Foto kredit: Instagram @itsyaofficial.

Lagi kisah-kisah berkaitan rapper:

https://kitareporters.com/search?search=rapper


Mengakui gementar tetapi pada masa sama rasa teruja apabila diberikan peluang bergandingan bersama dua nama besar hip hop Asia Tenggara yang diimpikan selama ini.

Menurut Sya, lebih menarik lagi apabila sedang asyik mencari ilham dan proses penstrukturan rangkap dalam lagu, kebetulan Yung Raja membuat panggilan video kepada SonaOne yang secara tidak langsung memberi tambahan idea dalam pembikinan single pertamanya itu.

“Ketika itu kami mencari apakah ‘hook’ yang mengancam dalam lagu dan Yung Raja ada formulanya. Apabila Yung Raja menyatakan persetujuan untuk turut serta menyumbangkan rangkap-rangkap rap dalam lagu PrettyGirlBop, besar hati saya apabila dapat bergabung dengan seorang penyanyi rap berbakat besar sepertinya,” tambah Sya dalam nada gembira.



Bercerita lanjut, rapper yang berasal dari Ampang, Selangor ini berkata, lagu Inggerisnya ini didedikasi untuk memperkasakan kaum Hawa ketika berhadapan pandemik COVID-19 ini supaya menzahirkan cinta pada diri sendiri.

“Seluruh negara berada dalam keadaan sukar ketika wabak pandemik melanda, lebih-lebih lagi golongan wanita berdikari dan berusaha sekuatnya demi kelangsungan hidup seharian. Ketika lagu ini ditulis, saya meletakkan keseluruhan emosi dan jiwa di kemuncak,” bicara Sya.

Mengambil ibunya sebagai inspirasi dan susuk penting yang banyak memberikan galakan untuknya berkarya, Sya menambah kata, “Saya cuba mengubah pemahaman stereotaip ‘Pretty Girl’ yang bermaksud gadis cantik, tetapi menerusi ‘PrettyGirlBop’ saya memberi sindiran secara sarkastik dan sinikal terhadap bait-bait lirik sambil memberitahu ‘saya garang, dan saya gigit balik tau’, jadi awas ya!” 



Wow! Garang rupanya….! Iya ke? 

Bila melihat kulit album singlenya dan menjengah ke teaser lagunya melalui laman sosialnya dipaparkan seekor ular melingkari tubuh Sya yang turut dipaparkan dalam video muziknya. 

Apa agaknya kaitan ular tu ek? Rasa geli pun ada, tetapi tentu ada simboliknya kan?

Usah khuatir, Sya hanya menjadikan muzik sebagai ruang terapi buat dirinya, bagaimanapun melihatkan pengaruh muzik itu sendiri dapat memberi impak yang luar biasa, Sya mula mengatur langkah untuk dikenali sebagai watak penting membangunkan semangat wanita pada hari ini. 

“Saya mengambil tanggungjawab untuk memberi inspirasi golongan wanita di luar sana tidak kiralah apa bidang sekalipun yang mereka ceburi untuk terus bangkit dan cekal mengharungi segala rintangan dalam kehidupan

“Dek kerana motivasi itu, saya akan memastikan sebagai penyanyi rap wanita, saya akan terus berusaha dan kekal relevan setanding dengan penyanyi rap yang didominasi golongan lelaki pada hari ini, mudah-mudahan” ujarnya bersemangat.

Nak dengar bagaimana semangat yang dilontarkan Sya, ayuh dengar lagu ‘PrettyGirlBop’ yang dilancarkan pada 11 Disember 2020 di Apple Music, Spotify, Deezer, Joox, KKBOX dan  iTunes, sekali gus video muziknya dalam YouTube.  - KitaReporters


0
1
0
0
0

Copy Link: