Liga Super 2022: Terengganu FC dapat slot ke Piala AFC 2023! Menang perlawanan terakhir lawan Kedah!

Published by
KitaReporters


Terengganu FC berjaya menamatkan kedudukan selaku naib juara Liga Super musim 2022 ini setelah menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 3-1 di Stadium Darul Aman malam tadi (15 Oktober 2022).

Kemenangan Terengganu ini membolehkan mereka 'memotong' kedudukan Sabah pada perlawanan terakhir dan memastikan mereka ke pertandingan Piala AFC pada tahun depan (2023) selepas terlepas ketika kalah di perlawanan akhir Piala FA. 

Anak buah Nafuzi Zain tampil garang sejak awal perlawanan biarpun bermain di tempat lawan dan mereka berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Faisal Halim pada minit ke-4. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan Terengganu FC

Kredit foto-foto: FB KDA


Terengganu terus garang melancarkan pelbagai gerakan untuk menambah jaringan dan boleh dilihat barisan pertahanan KDA begitu mudah dibolosi pemain Terengganu.  

KDA cuba melakukan beberapa serangan untuk mendapatkan jaringan namun barisan pertahanan Terengganu begitu ampuh bertahan. 

Ketua pasukan skuad Sang Penyu, Tchetche Kipre berjaya mencetak nama selaku penjaring dan dua jaringan beliau memastikan Terengganu terus selesa mendahului perlawanan.  

KDA mendapat gol saguhati menerusi Dechi Marcel pada minit ke-88 setelah mendapat lorongan cantik daripada Mahmoud Almardi namun jaringan itu gagal menyekat kemenangan Terengganu. 

Kemenangan ini membuatkan skuad bimbingan Nafuzi berjaya membantu Terengganu mencatat kemenangan sebanyak sembilan kali berturut-turut pada akhir liga. 

Bagi KDA pula, mereka telah mencatat lima kekalahan berturut-turut dan mereka gagal mengulangi aksi terbaik seperti musim lepas. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB KDA

18
8
0
13
0

Copy Link: