Ada nama, gelaran dan wang membuat seseorang mudah lupa diri, tetapi tidak kurang juga yang menggunakan kelebihan itu untuk melakukan kerja amal dan menanam saham akhirat.

Antara insan yang berhati mulia itu ialah Datuk Aznil Nawawi yang genap 60 tahun pada 6 November 2022 ini. Dia banyak melakukan kerja amal baik yang dihebah atau tidak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aznil Nawawi



Zamani berterima kasih kepada Pak Nil kerana mengusahakan kutipan dana.


Pada Jun 2022, dia yang lebih mesra dipanggil ‘Pak Nil’ melakukan kerja amal secara spontan.

Setelah membaca kisah penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 51, menghadapi masalah kewangan untuk merawat sakit  tulang belakang atau skoliosis.

Selepas solat subuh, Pak Nik tergerak untuk melancarkan dana bagi membantu penyanyi kesayangan ramai itu.

Dan pengaruh Pak Nik sebagai personaliti cukup kuat dan punya 2 juta pengikut dalam Instagram membolehkan dia mengumpul lebih RM100,000 setelah sehari setengah akaun dibuka.

Video| Ramai sayangkan Zamani! Aznil kutip lebih RM100k! Zamani minta serahkan masa pembedahan! - KitaReporters

Keadaan tulang dan saraf Zamani melalui imbasan

Bagi menunaikan janjinya, Pak Nil mengadakan pertemuan dengan Zamani yang ditemani isterinya Nur Julina Mohd Rani pada Khamis, 28 Julai 2022 lalu dan menyerahkan sumbangan dana awam bernilai RM122,052.93.

Pak Nil mengucap terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sayangkan Zamani Slam untuk kembali sihat.

Katanya ada yang cuma menderma 50 sen, kerana dana dibuka sebelum hari gaji. Yang penting bagi bukan jumlahnya, tetapi yang penting niat untuk membantu penyanyi kesayangan ramai itu. 

Dalam video itu Pak Nil tersebut nama penyumbang terbesar iaitu produser/pelakon A Aida yang menderma RM5,000.
Video penyerahan sumbangan itu dimuat dalam IG @aznilnawawihm dan IG @iamzamani.official.


Zamani berterima kasih terhadap isterinya Nur Juliana yang sentiasa mendampinginya walaupun sakit.



Dalam video itu Zamani mengucap terima kasih terhadap usaha tidak diduga oleh Pak Nil dan jutaan terima kasih kepada para penyumbang.

Menurut Zamani, dia difahamkan kos rawatan menelan antara RM80,000 hingga RM100,000. Dia juga ada menyatakan rasa takut untuk menjalani rawatan setelah melihat kaedah rawatan melalui YouTube.

Sebelum ini ada yang mengatakan rawatan itu berisiko tinggi yang boleh membuat dia lumpuh jika pembedahan tidak berjalan lancar. 
Tetapi dalam masa yang sama dia tetap ingin dipulihkan dan tidak sanggup bergerak dengan keadaan badannya yang semakin melengkung.

Sebelum Pak Nil melancarkan dana, Zamani bercadang mengumpul kewangan melalui mengadakan sejumlah konsert atau konsert mini, tetapi ia akan mengambil masa yang agak lama sedangkan penyakitnya semakin membimbangkan.

Kerana itu, Zamani berterima kasih kepada Pak Nil yang berusaha mengumpul wang untuk tujuan rawatan. - KitaReporters


Keadaan badan semakin membongkok kelihatan jelas ketika Zamani mengadakan persembahan.

8
10
0
16
0

Copy Link: