Perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bahawa dirinya berdepan detik cemas kerana hampir berlanggar dengan seorang pramusaji yang membawa dulang bekas hidangan mengundang reaksi orang ramai.

Perkongsian sebuah video dibuat oleh Siti Nuhaliza atau lebih mesra dikenali Tok Ti menerusi laman Instagram miliknya menunjukkan beliau berdepan detik cemas tersebut sebelum membuat persembahan di sebuah hotel di ibu kota pada malam 6 Ogos 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan insiden melucukan


“Kejadian sebelum masuk dewan. Terperanjat adik. Saya rasa adik pramusaji itu pun terperanjat tengok saya.

“Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku. Tiada pinggan yang pecah dan siapa buat persembahan seperti biasa.

“Nasib baik saya tidak melatah. Kalau tidak, dah keluar silat pulut saya,” katanya. 

Rata-rata orang ramai memuji sikap profesional Siti Nurhaliza yang meneruskan persembahan seperti biasa dan tidak hairan pemuda pramusaji tersebut mempunyai reaksi terkejut disebabkan berhadapan dengan penyanyi idol kesayang ramai.  




“Terperanjat dia. Tetapi dua-dua profesional. Terbaik,” ujar @rizasweetstore.

“Adik itu terkejut bila jumpa artis depan mata. Syukur dulang tidak jatuh. Banyak itu pinggan dia bawa. Kalau tidak berderai prank satu dewan dengar sebelum Datuk Siti perform,” kata @sovakat_sharilaamuar.

“Siapa tidak terkejut tengok artis kesayangan Malaysia di depan mata,” tulis @zhifahzolkifly. - KitaReporters


7
22
0
7
0

Copy Link: