SEPATUTNYA ibu bapa atau yang menjaga anak-anak perlu melindungi anak-anak itu bukannya memudaratkan kesihatan mereka dengan memberi benda yang membahayakan nyawa dan kesihatan.

Namun, seorang lelaki yang melakukan perbuatan yang cukup bodoh sehingga mendapat kecaman netizen akibat perbuatannya yang memudaratkan seorang bayi.

Kelihatan lelaki ini dalam sebuah video tular dengan memasukkan muncung vape pada mulut seorang bayi dan membuatkan ramai netizen bengang dan marah.


Lagi cerita-cerita negatif berkaitan penggunaan vape



Bayi itu dipangku oleh seorang lelaki dan vape diletakkan pada mulut bayi itu sebanyak dua kali serta dapat dengar ketawa kecil daripada individu wanita yang merakamnya.

Video yang tular tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut yang boleh dikatakan sebagai tidak bertanggungjawab.



Namun lelaki tersebut dikatakan mengakui kesilapan yang dilakukan dan memberitahu bahawa vape itu tidak berfungi serta laporan polis telah dibuat untuk membetulkan kenyataan yang tidak benar.

Individu tersebut bukanlah ayah kepada bayi itu seperti dakwaan banyak pihak. Malah, individu terbabit meminta maaf kepada orang ramai berhubung isu itu. - KitaReporters


17
16
0
12
0

Copy Link: