Video| Sayang bawa anak kita jumpa abang! Hidayah dan anak ke pusara Abam Bocey! Netizen sebak!
Published bySETELAH beberapa ketika meninggalkan Gombak dan pulang ke kampung di Sabak Bernam, Selangor, Siti Nurhidayah Mohd Hamzah, 31, baru-baru ini melawat pusara suaminya arwah Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan (Abam Bocey) bersama anaknya Syed Uthman Hamzah (Hamzah) di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Abam Bocey
Dalam video yang tersiar dalam laman Instagram dan TikToknya, terlihat Hidayah dan Hamzah dibawa oleh seorang lelaki menuju ke pusara Abam. Kelihatan Hidayah mencium nesan Abam sebagai melepaskan rindu dan menjiruskan air mawar di atas pusara.
"Abang hari ni sayangg bawak anak kita datang jumpa abgg. Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah tiada.
Menerusi entri itu, Hidayah meluahkan rasa rindu pada arwah suaminya serta mengatakan Abam sentiasa di hatinya selamanya. Perkongsian Hidayah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat anak tunggal pelawak itu yang membesar tanpa bapa di sisi.
Hidayah yang kini menjalankan perniagaan menjual buah-buahan dan menjual sejumlah bahan kosmetik secara dalam talian, cuba melupakan kisah pahit selepas menjadi janda.
Kini Hidayah berazam untuk menjadi usahawan berjaya suatu masa nanti dan menjadikan anaknya sebagai manusia berguna. - KitaReporters