Terima kasih PM! Netizen syukur kerajaan prihatin! Percepat bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4!

Published by
KitaReporters



"ALHAMDULILLAH, syukurlah dipercepat bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4. Dapatlah kami menggunakan menampung keperluan membeli barangan pada musim tengkujuh dan sekurang-kurangnya meringankan bebanan ibu bapa  yang anak-anak mereka akan memasuki sesi baru persekolahan," demikian rata-rata diluahkan oleh netizen.

Mohd Azwan Jalil ketika memberi komen berkata,"Alhamduillah Terima Kasih Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (PM-DSIS) kerana mempercepatkan bayaran BKM Fasa 4 ini. Semoga dapat meringankan perbelanjaan rakyat. Pemimpin berjiwa rakyat sentiasa mendengar pandangan rakyat." 

Yusmidah Midah pula bersetuju dengan keputusan kerajaan itu kerana katanya, itulah sepatutnya dilaksanakan bagi membantu rakyat yang berkeluarga besar yang mampu membantu sedikit sebanyak anak-anak yang akan memulakan persekolahan dan yang dibangku sekolah."

"Terima kasih DSIS kerana mempercepatkan bayaran BKM dan syukur Alhamdulillah. Terima kasih sangat-sangat kerana saya sangat memerlukannya," demikian hujah Amilin Saiful.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)


Mereka berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan untuk BKM akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).

Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan. Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.

Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

Keputusan mempercepat pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.


Syam Halim dalam komennya mendoakan semoga negara ini akan terus stabil dan makmur. "Aamiin."

Kemudian seorang lagi netizen yang menggunakan gelaran Kau Sape, memohon agar kerajaan dapat menetapkan paras gaji asas kepada kakitangan swasta ditetapkan kepada RM2,000 sebulan untuk memudahkan mereka mendapat pinjaman rumah dan membeli kereta.

"Bagi kakitangan kerajaan kemudahan pinjaman itu mudah diperolehi dan kami bekerja yang dengan syarikat swasta susah untuk memperolehi kemudahan itu sedangkan kami juga bercita-cita membuat pemilikan harta untuk hari tua," katanya.

Zul Kifli dengan nada lucu tapi penuh harapan turut mengucapkan "Alhamdulillah syukur... bolehlah la cover sikit untuk keluarga. Janji ada daripada dapat RM30 tu."

Amirul Mohd pula mencatatkan nota khas buat PM Ismail Sabri Yaakob, turut memohon agar kerajaan dapat memberi bantuan untuk golongan bujang dalam BKM Fasa 4 itu.

"Elok Dato Seri PM bagi extra pada masa yang sama, dapat mengambil hati orang bujang dari pelbagai peringkat umur, demi pilihan raya yang akan tiba nanti..." ujarnya bersungguh-sungguh. - KitaReporters

15
13
0
14
0

Copy Link: