Video| Piala Dunia 2022: Jepun gagal teruskan rentak kemenangan! Kecundang 0-1 kepada Costa Rica!

Published by
KitaReporters


JEPUN memilih jalan sukar apabila gagal mengutip mata penting selepas tewas 0-1 kepada Costa Rica dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan E Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Ahmad bin Ali pada 27 November 2022.

Jepun yang melakar kejutan pada perlawanan pertama selepas menewaskan German dilihat tiada masalah untuk mencatat kemenangan kedua ini namun mereka gagal mengulangi lagi prestasi terbaik seperti sebelum ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia


Dalam perlawanan tersebut, Jepun mendominasi permainan namun masalah utama adalah penyudah yang gagal meledak gol dan ini punca utama pasukan mereka kehilangan mata penting.  

Costa Rica yang tewas dalam perlawanan pertama ingin melakukan kebangkitan namun mengalami kesukaran kerana Jepun bermain begitu baik sekali sehingga mereka sukar untuk bermain.

Pemain pertahnan Costa Rica, Fuller Spence menjadi wira selepas meledak jaringan penting pada minit ke-81 dan memberi kemenangan sangat penting buat pasukan ini. 

Skuad Samurai Biru wajib menang ke atas Sepanyol jika ingin ke pusingan 16 terakhir kerana hanya kemenangan mampu memberi jaminan kepada mereka. 

Dalam kumpulan ini, kesemua pasukan dilihat masih mempunyai peluang untuk meneruskan kemaraan. - KitaReporters


9
11
0
13
0

Copy Link: