Video| Cinta kembali bersemi! Kali kedua! Siti Saleha harap Joshua Fitton jadi pasangan abadinya!
Published byTiga perkahwinan golongan artis berlangsung pada minggu kedua Februari 2025. Bermula dengan pernikahan Fikry Ibrahim pada Rabu, 13 Februari, yang kemudian ia disusuli perkahwinan pasangan Safiq Kyle dan Mimi Lana. Dan pada Sabtu 15 Februari, Siti Saleha berkahwin kali kedua.
Siti Saleha bercinta dengan Joshua sejak 2022 selepas bertemu dalam sebuah acara anugerah dan bertunang kira-kira tiga bulan lalu sebelum bernikah. Siti Saleha pernah berkata Joshua adalah pasangan yang sesuai kerana masing-masing adalah kacukan.
Majlis akad nikah secara tertutup berlangsung di sebuah resort mewah, Enderong Resort di Janda Baik, Bentong, Pahang, jam 9 pagi Sabtu, 15 Februari 2025. Ia dihadiri kira-kira 40 orang terdiri daripada kaum keluarga dan teman rapat.
Penikahan disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Baharum Abdul Rahman. Kemudian diadakan majlis jamuan pada jam 12 tengah hari.
Walaupun sudah berlakon sejak 2008 dalam sejumlah drama, namun nama Siti Zaleha sebagai pelakon menonjol ketika memegang peranan utama di samping Shukri Yahaya drama bersiri ‘7 Hari Mencintaiku’ dalam slot Akasia TV3 pada tahun 2016 (musim 1) dan 2020 (musim 2).
Melalui drama ‘7 Hari Mencintaiku’ Siti Saleha menerima Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang muncul sebagai drama rating tertinggi di Malaysia ketika itu iaitu menerima 12 juta tontonan.
Siti Saleha juga menerima anugerah berharga apabila memenangi trofi Bintang Asia Terbaik (Malaysia) pada Anugerah Drama Antarabangsa Seoul di Seoul, Korea Selatan, pada September 2024. Ia melalui lakonan berkesan dalam drama bersiri ‘SeOfis’ dalam pengstriman Tonton.
Siti Saleha pernah berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, namun berpisah pada 2022 tanpa mempunyai anak. - KitaReporters