Harimau Malaya 2024! Sekat Korea 3-3! Suka duka Mickey! Pan-gon belot! Juara Merdeka! Peter ganti Pau!

Published by
KitaReporters

PAU Marti Vicente (berkot hitam) dan Juan Torres Garrido  (tiga dari kiri) gagal dalam misi penting 2024, Kejohanan ASEAN (Disember) dan Piala Asia Bawah 23 Tahun (April). Kebanyakan penolong jurulatih dari Korea Selatan turut mengakhiri kontrak dengan FAM pada 31 Disember 2024. - Kredit foto: FAM 


SAYEMBARA TERAGUNG

25 Januari: Harimau Malaya yang di ranking ke-130 dunia berjaya mengikat Korea Selatan (ke-23), 3-3 dalam saingan Kumpulan E Piala Asia 2023/2024 di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar menerusi jaringan Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales.


FAISAL Halim (7) pintar mengakali tiga pemain Korea Selatan termasuk penjaga gol Wira Taegeuk ini, Jo Hyeon-woo sehingga golnya muncul Gol Terbaik Piala Asia AFC 2023-2024 hasil undian atas talian oleh majoriti pelayar the-afc.com. - Kredit foto: FAM


DETIK CERIA

25 Februari: Gol licik Faisal Halim atau digelar Mickey yang mengakali tiga pemain Korea Selatan pada minit ke-51 di Al Wakrah itu dipilih sebagai Gol Terbaik Kejohanan pilihan majoriti pelayar laman sesawang rasmi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), the-afc.com.

21 Ogos: Pau Marti Vicente yang sebelum itu penolong ketua jurulatih dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya bagi mengisi peninggalan Kim Pan-gon dari Korea Selatan. Tugas sulung Pau menyaksikan skuad negara menewaskan Filipina 2-1 dalam separuh akhir Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September 2024.

8 September: Harimau Malaya muncul juara Pestabola Merdeka Ke-43 menewaskan Lebanon 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi jaringan Romel Morales. 

16 Disember: Peter Cklamovski dari Australia, diumumkan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya mulai 1 Januari 2025 dan Nafuzi Zain akan menyandang ketua jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia. Mereka menggantikan Pau Marti Vicente dan Juan Torres Garrido (Sepanyol). 


FAM tergesa-gesa mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu Harimau Malaya dan B-23 Malaysia ketika pasukan negara kendalian Pau Marti Vicente masih berjuang dalam Kejohanan ASEAN. - Kredit foto: FAM


DETIK DUKA

5 Mei: Sayap kiri, Faisal Halim diserang dengan simbahan asid oleh suspek tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah Petaling Jaya, Selangor. Aksi sulungnya sejak insiden itu ialah 10 Ogos dengan Selangor FC menentang Kelantan Darul Naim FC dalam Liga Super 2024-2025.

11 Jun: Malaysia tersingkir daripada Kelayakan Piala Dunia 2026 setelah hanya menewaskan Taiwan 3-1, sekali gus menduduki tempat ketiga Kumpulan D pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil. 

16 Julai: Kim Pan-gon mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 16 Julai 2024 atas sebab peribadi di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor yang beberapa minggu kemudian didedahkan kerana mendapat tawaran mengendalikan Ulsan Hyundai FC di tanah airnya, Korea Selatan. 

20 Disember: Skuad negara tersingkir daripada Kejohanan ASEAN 2024-2025 setelah diikat 0-0 oleh Singapura dalam pertembungan Kumpulan A di Bukit Jalil yang turut menjadi tugas akhir Pau yang kontraknya tidak disambung selepas 31 Disember. 


FAISAL Halim atau Mickey membuat penampilan sulung dengan kesan lecuran pada kiri tangan dan mukanya pada khalayak sejak serangan simbahan asid, dalam satu sidang media  di Shah Alam, Selangor pada 13 Jun 2024. - Kredit foto: SFC


Rangkuman keputusan: Perlawanan - 16, menang - lima, seri - lima, kalah - enam, jaringan -  19, bolos - 26

Ranking terkini dunia: Ke-132


KIM Pan-gon (tengah) mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengendali pasukan kebangsaan Malaysia dalam sidang media di Wisma FAM. Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Amin kemudian membongkar 'sisi gelap' warga Korea Selatan itu yang tidak jujur meminta pelepasan daripada kontrak. - Kredit foto: FAM


Piala Asia 2024/2025 Kumpulan E pusingan pertama:

10 Januari: Jordan 0-4 (Al Wakrah)

15 Januari: Bahrain 0-1 (Doha)

25 Januari: Korea Selatan 3-3 (Al Wakrah)

Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 Kumpulan D pusingan kedua:

21 Mac: Oman 0-2 (Muscat)

26 Mac: Oman 0-2 (Bukit Jalil)

6 Jun: Kyrgyzstan 1-1 (Bishkek)

11 Jun: Taiwan 3-1 (Bukit Jalil)


HARIMAU Malaya dengan pengendali baharu, Pau Marti Vicente (lima dari kiri), mengecapi kejuaraan sulung bersama Harimau Malaya - Pestabola Merdeka 2024 yang gagal dicapai Kim Pan-gon pada 2023. - Kredit foto: FAM


Pestabola Merdeka Ke-43:

4 September (separuh akhir): Filipina 2-1 (Bukit Jalil)

8 September (perlawanan akhir): Lebanon 1-0 (Bukit Jalil)

Perlawanan antarabangsa tahap 1:

14 Oktober: New Zealand 0-4 (Auckland)

14 November: Laos 3-1 (Bangkok)

18 November: India 1-1 (Hyderabad)


HAZIQ Nadzli (jersi biru) dikecam teruk peminat kerana kecuaiannya yang dihukum dengan gol Thailand yang mengalahkan Malaysia 1-0 di Stadium Rajamangala, Bangkok dalam Kejohanan ASEAN. - Kredit foto: FAM


Kejohanan ASEAN 2024-2025 Kumpulan A:

8 Disember: Kemboja 2-2 (Phnom Penh)

11 Disember: Timor-Leste 3-2 (Bukit Jalil)

14 Disember: Thailand 0-1 (Bangkok)

20 Disember: Singapura 0-0 (Bukit Jalil)

* Seri dengan Syria (2-2) pada 8 Januari di Doha, Qatar hanya perlawanan latihan tidak rasmi.

** Seri dengan Auckland FC (1-1) di Auckland, New Zealand pada 11 Oktober tidak dikira sebagai perlawanan antarabangsa dan tidak mempengaruhi ranking dunia.


AKSI Harimau Malaya (jersi kuning) yang misi membolosi Taiwan enam kali di 'kandangnya' Bukit Jalil gagal dicapai tuan rumah apabila hanya menang 3-1. - Kredit foto: FAM 

9
16
0
16
0

Copy Link: