Barisan pemenang pada malam anugerah Bintang Popular 35. - Kredit gambar: NSTP

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sudah berlangsung 35 kali sejak 1987 perlu dilakukan reformasi agar  pengendaliannya lebih telus dan benar-benar dianggap anugerah yang mengiktiraf populariti insan seni dalam pelbagai bidang di negara ini. 

Selain itu, ia perlu menambah kategori bagi memberi peluang lebih ramai insan seni bertanding dan menang.

Dan pastikan, bezakan anugerah utama dengan hadiah-hadiah kategori lain. Misalnya jika pemenang anugerah lain menerima piala berwarna perak, bagi penerima anugerah 'Bintang Paling Popular' perlu diberi piala bersalut emas.


Dan pemegang 'Bintang Paling Popular' perlu diberi hadiah tambahan selain piala. Dan hadiah yang paling sesuai diberi ialah kereta. Setiap kategori mempunyai lima nama yang bertanding.

Sepatutnya jumlah undi yang diterima oleh kesemua lima calon terakhir perlu dipamer pada layar di pentas. 

Melalui cara ini orang ramai dapat melihat dengan telus jumlah undi yang diterima setiap calon. Orang ramai ingin melihat sengit atau tidaknya undian setiap kategori.



Tidak perlu rasa malu bagi para calon sekalipun menduduki tempat terakhir. Ini kerana berada dalam senarai lima terakhir sudah cukup membanggakan.

Begitu juga dalam kategori utama iaitu ‘Bintang Paling Popular’, perlu dicatat jumlah undian yang diterima, begitu juga jumlah undian persaing lain.

Dalam ABPBH, hanya beberapa kali jumlah undian bagi penerima anugerah ‘Bintang Paling Popular’ diumum oleh penyampai anugerah. Selebihnya jumlah undian penerima anugerah ‘Bintang Paling Popular’ hanya dicatatkan dalam Wikipedia ABPBH.



Berdasarkan undian Wikipedia ABPBH, Bell Ngasri (Ngasrizal Ngasri), 42, mencatatkan jumlah undian terbesar iaitu 21.9 juta undi. 

Selama ini pemenang bagi anugerah utama ini hanya memperolehi undian puluhan ribu atau ratusan ribu.

Tanpa mempunyai Kelab Peminat, Bell berjaya mengalahkan empat pesaing iaitu Jaa Suzuran, Johan,Syahmi Sazli dan Zizan Razak.

Setakat ini dua selebriti paling banyak menjuarai anugerah ‘Bintang Paling Popular’ iaitu Datuk Sri Siti Nurhaliza (7 kali) dan Shaheizy Sam (3 kali).

Namun dicampur keseluruhan undi kemenangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Shaheizy Sam, masih jauh daripada yang diterima Bell Ngasri.

Bell Ngasri menerima undian sebanyak 21.6 juta dalam pencalonan kali pertama. Dan ia merupakan rekod yang menakjubkan melalui watak Barkoba yang dicipta oleh pengarah filem sensasi, Allahyarham Mamat Khalid melalui beberapa filem arahannya.



Tetapi sayangnya, bagi ABPBH35 tiada hadiah kereta diberi kepada pemenang anugerah ‘Bintang Paling Popular’  seperti yang diterima pemenang beberapa edisi sebelum ini. 

Sebagai antara media paling berpengaruh, sepatutnya adalah tidak sukar bagi mendapatkan penajaan kereta daripada syarikat tertentu. 

Begitu juga dari segi piala hadiah, perlu diberi kelainan berbanding piala untuk kategori lain. Misalnya piala untuk anugerah ‘Bintang Paling Popular’ elok diberi salutan emas, sedang hadiah lain kekal berwarna perak.

Jumlah kategori/hadiah dalam ABPBH perlu ditambah. Setiap kategori harus dibahagikan untuk calon lelaki dan wanita. Ini bagi memberi peluang lebih ramai selebriti dicalon dan menang.

Kategori baru perlu diwujud seperti untuk bintang kanak-kanak dan bintang veteran. Golongan ini juga perlu dihargai.

Diharap perubahan dapat dilakukan dalam ABPBH akan datang dan seterusnya bagi menjadikan ia sebagai anugerah berdasarkan populariti yang disanjung. - KitaReporters


8
7
0
15
0

Copy Link: