Video| Demi makan percuma, 2 pemuda terjah kenduri kahwin orang tak dikenali! Haram kata ulama!

Published by
KitaReporters


Makan kenduri pada majlis perkahwinan memang kesukaan orang ramai. Selain percuma ia juga sedap bahkan ada restoran yang menyajikan konsep makanan kenduri kahwin berikutan permintaan yang tinggi.

Namun, untuk makan di majlis kenduri kahwin pastinya memerlukan jemputan daripada tuan rumah. Kalau tak dijemput, jangan sesekali tebal muka datang untuk makan!

Berbeza dengan dua orang pemuda dari Indonesia ini yang mana video mereka tular dalam media sosial kerana sanggup mengetepikan rasa malu dan maruah hadir ke kenduri kahwin orang yang langsung tidak dikenali. Malah, tidak dijemput hadir pun.



Mereka hadir kerana mahu makan percuma. Dalam video berdurasi 57 saat itu menunjukkan detik ketika pengguna TikTok dikenali Tiohrz dan seorang rakan terdesak untuk datang ke majlis perkahwinan orang yang mereka tidak kenali.

"Pergi ke undangan orang yang tidak anda kenal, periksa," katanya.

Pada awal video, kedua-duanya dilihat memakai pakaian kemas, hendak memasuki kawasan resepsi perkahwinan salah seorang pengantin.

Apabila mereka masuk ke dalam khemah, mereka berdua segera disapa oleh seseorang yang sedang menjaga buku kehadiran tetamu. Kemudian, mereka berdua kelihatan betul-betul duduk di bangku berhadapan dengan pasangan pengantin. 

Selepas itu, mereka berdua berjalan menuju ke tempat letak sampul (angpau) untuk pengantin, disambut oleh kedua-dua belah tangan yang memasukkan sampul surat itu ke dalam kotak yang disediakan.


Pemuda ini hadir ke kenduri kahwin kerana mahu makan secara percuma walaupun tidak diundang.


Pemuda ini memasukkan sampul (angpau) ke dalam kotak khas yang disediakan.


Selepas memasukkan sampul surat, mereka berdua terus naik atas pelamin untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin. Selepas itu tanpa membuang masa ke misi seterusnya iaitu makan percuma.

“Untuk sesuap nasi, kami sanggup melakukan apa sahaja walaupun memalukan,” tulis kapsyen video tersebut.

Sambil menjamu selera, mereka berdua kelihatan duduk di tempat duduk belakang. Kedua-duanya dilihat sedang makan sambil bergelak ketawa sambil meraikan kejayaan jamuan makan percuma di majlis perkahwinan itu. 

Malah, pada penghujung video Tiohrz turut berkongsi gambar bersama pasangan pengantin tanpa rasa bersalah!


Siap bergambar dengan kedua-dua pengantin baharu


Sebenarnya perbuatan hadir ke majlis perkahwinan tanpa jemputan hukumnya adalah haram di sisi Islam.

Memetik keterangan daripada website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum asal menghadiri majlis perkahwinan sekiranya dijemput secara khusus adalah wajib menurut majoriti ulama dalam mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali. Ia berdalilkan dengan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia. -Sahih Muslim (1053)

Hukum wajib tersebut diambil daripada perkataan Nabi S.A.W yang merupakan kata perintah yang membawa hukum wajib secara asasnya di sisi kaedah fiqh.

Mazhab Hanafi dan juga satu pendapat dalam mazhab Syafie dan Maliki mengatakan bahawa hukum menghadiri walimah ialah sunat. Manakala terdapat pendapat lain dalam mazhab Hanbali dan Syafie yang mengatakan ia fardhu kifayah dan memadai jika dihadiri sebahagian daripada masyarakat. (Rujuk Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 45/235-236).



Persoalan yang dibangkitkan adalah berkenaan hadir ke walimatul urus tanpa dijemput oleh tuan rumah atau wakilnya.

Menurut Imam Badruddin al-‘Aini, orang yang hadir ke walimatul urus tanpa dijemput diistilahkan oleh para ulama sebagai al-tufaili, iaitu mereka yang datang ke majlis atau perkumpulan manusia tanpa mereka menjemputnya.

Telah sepakat para ulama empat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali) akan haramnya bagi seseorang hadir majlis kenduri tanpa dijemput, atau tanpa diketahui sama ada tuan rumah reda ataupun tidak.

Dia dihukum sebagai fasiq dari sudut penyaksian dan menjatuhkan maruah jika terus-menerus melakukan perbuatan tersebut, kerana ia termasuk kategori perbuatan memakan makanan yang haram. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.Anhuma meriwayatkan:

Maksudnya: Sesiapa yang dijemput tapi tidak memenuhi jemputan, dia telah engkar kepada Allah dan Rasul-Nya; dan siapa yang pergi ke suatu majlis tanpa jemputan, dia hadir sebagai seorang pencuri dan keluar sebagai seorang. -Sunan Abi Dawud (3741)

Jadi, kesimpulannya para ulama mengharamkan seseorang yang hadir ke kenduri tanpa dijemput, jika diyakini tuan rumah tidak reda dengan tersebut.

Adapun jika kita yakin tuan rumah reda dengan kehadiran kita, contohnya dia merupakan rakan atau saudara dan tiada permusuhan, namun terlupa untuk menjemput kita, maka dalam keadaan tersebut ia tidak diharamkan. - KitaReporters


9
15
0
15
0

Copy Link: