Video| Fenomena Rosalinda kembali! Cabaran mekap ala-ala Rosalinda! Jom serlahkan bakat solekan!
Published byTELENOVELA Latin berjudul Rosalinda begitu popular sekitar tahun 1990-an lalu sehingga cetuskan fenomena tersendiri di Malaysia apatah lagi dengan kecantikan serta kejelitaan heroinnya, Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda.
Meskipun sudah sekian lama berlalu, Rosalinda kini menjadi
trend ikutan dalam TikTok setelah ramai yang mempamerkan kemahiran menatarias
wajah masing-masing dengan bermekap ala-ala Rosalinda.
Memang Rosalinda ay Amor!
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mekap
Setakat artikel ini ditulis, #rosalindachallenge (cabaran Rosalinda) dalam aplikasi TikTok sudah mempunyai 2.3j tontonan dan figura nama-nama cukup dikenali termasuk jurusolek dan usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa juga tidak ketinggalan menyahut cabaran.
Menerusi akaun @alhaalfa, pemilik nama sebenar Abdul Al-Halim Mohd Al-Fadzil ini menunjukan hasil solekan kepada warganet terutamanya untuk 237.8 ribu pengikutnya.
“Rosalinda? Hahaha biar betul? Laki mana boleh! Ok, saya
cubalah, lepas ni apa pulak?” tulisnya pada video yang dimuat naik.
Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai respons daripada netizen dan tidak hanya kagum dengan hasil sentuhan Alha Alfa ‘bertukar’ menjadi Rosalinda tetapi ada yang berseloroh beliau Rossaliman, Rosalimun serta Rosaludin dek kerana Rosalinda versi lelaki.
Tidak ketinggalan juga, TikTokers digelar Kajol Malaysia iaitu @igkhairunnisanorliyana10 sehingga dikatakan netizen sebagai paling seiras dengan Rosalinda sebenar meskipun dalam versi berhijab.
Apa-apapun, untuk mengikut trend dalam media sosial bukanlah suatu kesalahan selagi tidak menyalahi mana-mana peraturan atau melampaui batas syariat agama seperti ‘unboxing isteri’ yang bertentangan dengan norma masyarakat terutama bagi beragama Islam. - KitaReporters