Video| Nikita kesal hotel kuarantin Covid-19 5 bintang tapi servis teruk! Rasa macam banduan!
Published bySELEBRITI sensasi Indonesia, Nikita Mirzani Mawardi yang suka memaparkan cerita sensasi, kini memaparkan berita sensasi terbaharu yang dihebahkan dalam media sosial dan media cetak dan elektronik.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Nikita Mirzani
Nikita kata dia sanggup keluar duit banyak untuk sewa empat bilik hotel 5 bintang, namun servisnya mendukacitakan. - Kredit foto: Kompas.com
Katanya, cadar dan tuala tidak diganti berhari-hari dan makanan diberi tidak sempurna. Pekerja hotel tidak masuk bagi membersih hotel selama dikuarantin.
Nikita berpeluang bercuti di Turki ketika pandemik Covid-19 melanda Indonesia. - Kredit foto: IG Nikitamirzanimawardi172
Sebelum ini Nikita menerima banyak maklumat mengenai ketidakselesaan sejumlah hotel yang dijadikan hotel kuarantin.
Nikita terus lantang mengkritik pihak tertentu mengenai layanan kurang baik kepada orang yang dikuarantin kerana pulang dari luar negara. - Kredit foto: IG nikitamirzanimawardi172
Menurut Nikita, sebaik tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tanggerang dan selepas keluar dari kawasan lapangan terbang dia didatangi petugas Jabatan Kesihatan yang menawarkan beberapa hotel kelas sederhana sebagai hotel kuarantin.
Nikita terkejut apabila tiba di lobi hotel, harga yang ditawar meningkat dua kali ganda daripada harga yang diberitahu ketika di lapangan terbang.
..
Selain itu, Nikita kesal apabila mereka dilayan seperti pesakit Covid-19 lalu menyebabkan pekerja dan pegawai hotel takut untuk mendekati mereka bagi memberi layanan yang sempurna sebagai penyewa bilik hotel.
...
Menurut Nikita dalam saluran YouTube ‘Cuar-cuar', dia terpaksa menghebahkan perkara ini untuk kepentingan orang yang bakal dikuarantin dan menyedarkan pihak yang menyediakan kemudahan kuarantin agar bersifat manusiawi. Ia juga bagi menyedarkan pihak kerajaan agar memilih hotel yang bertanggungjawab.