KERJA dari rumah (WFH) bukanlah tugas yang mudah,pelbagai gangguan perlu diatasi itu belum lagi dengan gangguan bagi mereka yangmempunyai anak kecil. Namun tanggungjawab perlu dilunaskan walaupun pelbagai dugaan.

Bagi yang bekerja dan memerlukan komunikasi atau komunikasi dua hala pasti ada sahaja halangan yang perlu dilalui.

Kisah sama berlaku kepada seorang pakar pendidikan khas yang perlu memberi pandangan dan perlu disiarkan di segmen berita. Namun untuk membuat rakaman sendiri di rumah pelbagai halangan yang dilalui.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Bekerja Dari Rumah (BDR/WFH):

https://kitareporters.com/search?search=kerja+dari+rumah




Kisah lucu itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh anaknya sendiri dalam akaun Twitternya baru-baru ini.

Menurut pemilik Twitter @azhari_hafiz00, ibunya, Azlina Mohamed Isa diberi tanggungjawab untuk memberi penerangan mengenai Cabaran Hadapi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) yang akan ditayangkan menerusi slot berita .

Namun ketika sedang membuat rakaman untuk penerangan berkenaan beberapa gangguan kecil yang dialami ibunya, sekali gus memaksa dia melakukan rakaman itu sekali lagi.



Lucunya baru beberapa saat memberi penerangan, tiba-tiba bunyi cicak membingitkan keadaan, sekali gus menganggu proses penerangan itu.

Namun gangguan itu tidak dipeduli ibunya sehinggalah kain yang dijadikan latar belakang itu tercabut menyebabkan ibunya terpaksa menangguhkan penerangan berkenaan.

Alahai….dugaan betul.

Sebaik menyedari kejadian itu ibunya lantas berpaling sebelum terdengar suara anak perempuannya yang ketawa. Keadaan itu menyebabkan ibunya turut sama ketawa sambil mengakui bunyi cicak itu mengganggu dirinya.

Malah dengan selamba Azlina berseloroh dirinya sudah cantik tetapi ada juga yang menghalang dirinya yang sedang ‘bekerja’.

Dia kemudian meminta anaknya membetulkan semula kain yang dijadikan latar belakang itu.



Tu dia...sampai tepuk dahi! kononnya dah cantik nak kuar TV sekali kain latar belakang pulak tercabut!

Baru tau kan...bukan senang keja di rumah dan di belakang tabir ni pelbagai aspek perlu diperhalusi.

Namun kejadian itu tidak mematahkan semangat untuk ibunya terus memberi penerangan dan membuat rakaman sekali lagi.

Inilah realitinya bekerja dari rumah (BDR)…banyak cabaran takterduga boleh berlaku.

Semoga kita berjaya harungi dugaan ini dengan tabah. Inilah dikatakan Alah bisa tegal biasa.. mula-mula je rasa sukar tapi lama-lama mesti pro la tu kan! - KitaReporters


4
2
0
1
0

Copy Link: