SALAH seorang penyanyi top dangdut Indonesia Ayu Ting Ting, 28, sering ditanya peminatnya termasuk dalam laman sosialnya bila akan mengakhiri zaman jandanya. Selebriti yang nama sebenarnya Ayu Rosmalina Abdul Rozak dan tinggal di Depok, Jawa Barat ini mula bergiat sebagai penyanyi pada tahun 2008. : KitaReporters

Kemesraan dengan Ivan Gunawan semakin ketara. Adakah dia lelaki pilihan Ayu Ting Ting? - Kredit foto; matamata.com
Lagi cerita-cerita berkaitan dangdut:

https://kitareporters.com/search?search=dangdut


Ayu diterima menjadi artis rakaman Swara Bintang Record dan diberi nama Ayu Ting Ting ketika berusia 16 tahun. Lagu ‘Alamat Palsu’ terus mempopularkannya hingga menjadi antara penyanyi dangdut berpendapatan tinggi dan laris di pasaran. 

Ketika namanya sedang meniti populariti, Ayu Ting Ting  tiba-tiba berkahwin secara rahsia dengan Henry Baskoro Hendarso (Enji), anak sulung bekas Ketua Polis Negara (KPN), Bambang Hendarso Danusi (2018-2010) ketika berusia 21 tahun pada 4 Julai 2013.

Enji menjadi lelaki yang dibenci oleh Ayu Ting Ting setelah dicerai pada hari ke-20 perkahwinan. - Kredit foto: matamata.com


Namun perkahwinan rahsia ini mencetuskan kejutan apabila Enji melafazkan talak pada 24 Julai 2013, menjadikan usia perkahwinan cuma 20 hari dengan mencatatkan rekod antara perkahwinan paling singkat dalam kalangan artis Indonesia.

Belum selesai kejutan usia pernikahan singkat itu, Ayu Ting Ting melakukan satu lagi kejutan apabila melahirkan anaknya Bilqis Khumairah Razak pada 28 Disember 2013. Ini bermakna Bilqis baru berusia 6 bulan ketika dilahirkan.

Bilqis menjadi anak kesayangan Ayu Ting Ting walaupun membenci bekas suaminya. - Kredit foto: IG ayutingting92


Ayu Ting Ting cuba melupakan Enji sebagai bekas suaminya. 

Dia malah enggan membenarkan Enji menemui anaknya. Malah Bilqis tidak pernah diberitahu kewujudan ayah kandungnya, malah meletakkan nama Razak sebagai binti kepada Bilqis.  

Setelah lebih lima tahun hidup sebagai janda muda, Ayu Ting Ting ditanya bilakah akan mengakhiri zaman janda.

Selain menyanyi Ayu Ting Ting menjadi salah seorang hos program 'Brownis' Trans TV. - Kredit foto: IG ayutingting92


Sebagai janda muda, Ayu banyak didekati sejumlah insan seni. Namun artis yang sejak sebelum Ayu Ting Ting berkahwin sudah mengidam untuk memiliki wanita berasal dari Depok itu ialah Ivan Gunawan Putra, 38.

Namun dia masih tidak berani melamar Ayu Ting Ting walaupun sering mengusik Ayu bakal menjadi isterinya. Ayu dan Iwan Gunawan menjadi hos bersama dengan Ruben Onsu dan Wendi Cagur mengendali program ‘Brownie’ dari Isnin hingga Jumaat di Trans TV.

Ayu kenakan syarat lelaki yang ingin memiliki hatinya perlu menyayangi anak dan keluarganya. - Kredit foto: ayutingting92


Ayu Ting Ting yang kini menjadi pencari rezeki untuk ayahnya Abdul Rozak, ibunya Umi Kalsum dan adiknya Assyifa Nurani. Justeru Ayu Ting Ting memberi syarat lelaki yang ingin memiliki dirinya perlu memiliki sumber ekonomi yang baik yang dapat menampung dirinya, anak dan keluarganya di Depok dan mesti lebih tua daripadanya.

Benarkah Ayu Ting Ting akan berkahwin pada tahun 2021? - Kredit foto: ayutingting92


Berdasarkan pengakuan Ayu, ramai beranggapan calon yang sesuai bagi Ayu Ting Ting ialah Ivan Gunawan. Selain sebagai selebriti, Ivan juga mempunyai perniagaan fesyen dan kosmetik

Ivan Gunawan sering mengatakan akan berkahwin pada tahun 2021 dan hubungan Ayu dan Ivan terus baik kerana terus bersama dalam program TV. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: