Isnin ini bersamaan tanggal 31 Ogos 2020, negara akan menyambut Hari Kebangsaan Ke-63. Ketika ini, kelihatan  Jalur Gemilang gah berkibar di merata tempat termasuk kediaman, premis perniagaan, bangunan kedai dan pejabat juga di sepanjang jalan raya. Ayuh, zahirkan semangat cintakan tanahair dengan memasang Jalur Gemilang di tempat anda! : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan kemerdekaan:

https://kitareporters.com/search?search=kemerdekaan


Mutakhir ini, Jalur Gemilang gah berkibar di seluruh pelosok tanah air. Rakyat tanpa mengira bangsa mengambil peluang memasang dan menggantung bendera negara sebagai tanda bebas merdeka. 

Syabas rakyat Malaysia. Anda terbaik!

Walaupun tiada perhimpunan besar-besaran peringkat negeri dan kebangsaan berikutan wabak pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir rakyat digalakkan menyambut secara sederhana di kediaman masing-masing. 

Berdiri tegak dan nyanyikan lagu Negaraku pada tarikh keramat itu. Anda anak Malaysia sejati.

Seperti biasa, saban tahun pelbagai pertubuhan dan persatuan termasuk orang perseorangan berkumpul dan berpakat  mengumpul dana bagi membeli Jalur Gemilang dalam kuantiti yang besar untuk dipasang dilokasi yang telah ditetapkan.



Tidak terkecuali Pergerakan Pemuda UMNO (PPU) Bahagian Kuantan menerusi PPU Teruntum, PPU Permatang Ara dan PPU Medan Tok Sira yang mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang di Jalan Dato Bahaman, Alor Akar bermula dari pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lama sehingga Jabatan Kimia Pahang.

Sebanyak 70 bendera berharga RM500 telah dipasang di lokasi berkenaan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Teruntum, Mohd Jefrisham Abd Latif, berkata seramai 25 ahli dari tiga cawangan itu secara bergilir memasang bendera di lokasi berkenaan.


Katanya, mereka mengambil inisiatif (memasang bendera) kerana mahu bersama rakyat Malaysia menyemarakkan lagi sambutan Hari Merdeka dan pada masa sama mengharapkan generasi muda hari ini mengerti pengorbanan pejuang menuntut kemerdekaan negara.
"Kita perlu tanamkan semangat cintakan negara dalam diri kita. Masih ada kalangan belia hari ini yang tidak mengambil peduli dengan sejarah tanah airMasih ada lagi sebilangan generasi muda yang tidak hafal warna bendera dan lebih malang lagi mereka tidak dapat memberikan jawapan tepat apabila ditanya jumlah jalur merah putih itu," katanya. 

Sila jawab dengan jujur ye.

Jalur Gemilang dipasang pada waktu malam kerana kebanyakan daripada mereka terikat dengan komitmen dan tugas masing-masing

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Bahgian Kuantan, Mohd Yazeed Hamzah menerusi akaun Facebook dengan nama Yazeed Hamzah meminta rakyat memahami erti kemerdekaan dan tidak sesekali melupakan sejarah silam tanah air.

Tulisnya:

Gelombang Semangat kemerdekaan diteruskan lagi bersama Pemuda Permatang Ara, Teruntum dan Medan Tok Sira. Usaha memasang Bendera dalam memastikan Jalur Gemilang berkibar megah dari JPJ Lama hingga Jambatan Jabatan Kimia Negeri Pahang. 
Jangan ditanya Siapa yang memasang bendera, tetapi dengan melihat bendera ini, tanya diri kita sendiri, Adakah kita benar-benar Merdeka?
Setiap tahun menyambut merdeka,
Jalur gemilang berkibar megah,
Sejarah negara jangan dilupa,
Beratus tahun kita dijajah."


"Tahun ini tiada perbarisan seperti tahun-tahun sebelumnya kerana COVID-19. Jadi, kita ambil sedikit masa untuk menzahirkan rasa cinta itu dengan memasang Jalur Gemilang dengan lebih banyak untuk memeriahkan suasana sambutan tahun ini," katanya.

Ayuh rakyat Malaysia. Satu Rumah-Satu Premis-Satu Bendera. 

Tidak susah manapun sebenarnya. Beli, gantung dan pasang di tempat anda. Selamat Hari Merdeka! - KitaReporters 


0
0
0
0
0

Copy Link: