Video| Ada masalah tayar basikal pancit? Guna dulu daun pokok, pelepah! Daun lalang pun boleh!

Published by
KitaReporters


TIDAK semua hari nasib kita beruntung, ada hari kita malang contohnya tayar kereta, motosikal kita bocor atau tiba-tiba tiada minyak. Oleh sebab itu kita perlu melakukan persediaan untuk ujian yang datang tanpa kita semua duga.

Namun seorang pengguna Tiktok telah membuat satu perkongsian video mengenai penunggang basikal profesional pasukan Terengganu Cycling Team menunjukkan cara membaiki tayar basikal ketika berada di luar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan basikal


Dalam perkongsian video yang dibuat, beliau telah menunjukkan cara membaiki tayar basikal bocor dengan menggunakan daun-daun pokok atau pelepah yang ada di persekitaran sekiranya ketiadaan tiub ganti semasa kejadian berlaku.



Disebabkan perkongsian ini ramai netizen yang berpendapat bahawa tip yang diberikan sangat berguna untuk digunakan. 

Ada juga dalam kalangan mereka memberitahu bahawa lalang juga boleh digunakan untuk diletakkan di dalam tiub tayar bagi membolehkan motosikal atau basikal dapat bergerak sehingga sampai ke bengkel yang berhampiran.






Selepas ini kepada anda yang mengalami situasi sama, anda boleh menggunakan tip ini yang dikongsikan oleh pemuda ini dalam TikTok. Rupa-rupanya tip ini sudah lama diamalkan oleh semua satu ketika dahulu tanpa kita ketahui.

Adakah anda mempunyai tip lain yang mahu dikongsikan? - KitaReporters

0
1
0
0
0

Copy Link: