Berita Terkini| Kantoi! Curi pakaian dalam jiran di ampaian di kondo! Lelaki direman 4 hari!
Published bySEBAHAGIAN pakaian dalam yang dicuri oleh suspek menggunakan sebatang kayu yang diubah suai. - Kredit Foto Harian Metro.
TINDAKAN seorang pemuda yang gemar mencuri pakaian wanita termasuk pakaian dalam di ampaian rumah jiran di sebuah kondominium bandar Sunway di Petaling Jaya akhirnya terbongkar selepas ditahan oleh polis, pada Selasa, 15 Jun 2021.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner
Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di
rumahnya sejurus menerima laporan dibuat oleh mangsa.
Wanita berusia 35 tahun itu menyedari pakaiannya
hilang sejak kebelakangan ini dipercayai dicuri.
"Pada hari kejadian jam 10.30 pagi, dia melihat seorang lelaki berlegar-legar di kawasan lif dan mengesyaki lelaki itu terbabit dengan kehilangan pakaian miliknya sebelum ini.
"Dia kemudian memaklumkan kejadian kepada suami
sebelum melaporkan kepada pihak pengurusan kondominium. Mereka berjumpa suspek
dan lelaki itu mengakui mencuri pakaian wanita lalu menunjukkan tempat simpanan
pakaian terbabit di dalam bilik tidur rumahnya," katanya seperti dipetik Harian Metro pada Khamis, 17 Jun 2021.
Mohamad Fakhruddin berkata, polis turut merampas 58
pakaian wanita dan sebatang kayu yang sudah diubah suai dipercayai digunakan
untuk mencuri pakaian berkenaan.
Suspek kini ditahan reman empat hari bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter