PELAKON, penyanyi dan pengacara Janna Nick, 27, berang apabila mendapati kucing peliharaannya didera oleh jiran. Malah pernah diugut kucingnya akan disembelih

Dia kecewa mempunyai jiran yang tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati perut. Melihat kucingnya didera hingga hilang bulu dipercayai air panas.

Janna yang nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner mempunyai tiga kucing peliharaan dan sering ditinggalkan di dalam rumah


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan si bulus

Kredit foto: OhBulan



Namun kucing-kucing itu walaupun tinggal dalam rumah, namun ada ketikanya keluar berjalan-jalan. Walaupun dia memasang jaring tetapi kucing-kucingnya tetap pandai lolos. Mungkin kucingnya datang ke rumah jiran. 

Namun Janna percaya kucing-kucingnya tidak berak atau kencing di rumah jiran. Ini kerana kucing-kucing sudah diasuh agar kencing dan berak di mangkuk yang disedia dalam rumah.

"Tak faham bagaimana boleh ada jiran sebegini, dia pernah simbah air kepada kucing. Malah, individu terbabit juga pernah menggugut hendak sembelih kucing peliharaan saya.

"Saya jarang ada di rumah, mungkin kucing saya sering ke rumahnya. Namun, itu tidak bermakna dia berhak mengasari atau mendera kucing saya. Tidak tahu apa yang dilakukan, sampai ada bahagian yang hilang bulu. Mungkin terkena benda panas atau sebagainya.

"Naik marah pula apabila ada individu yang sanggup bersikap begini," kata Janna.




Luahan tersebut dikongsikan Janna menerusi Instagram Story miliknya. Janna, juga berkongsi rasa terkilan dengan sikap segelintir individu yang sanggup mencederakan haiwan.

Susulan kejadian itu, Janna dikatakan bakal membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Janna turut memuat naik paparan artikel mengenai individu yang dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan mencederakan haiwan.


17
8
0
15
0

Copy Link: