Pantau apa dibeli oleh anak-anak! Zul Yahya gesa pantau pek makanan ada mainan bermata satu!
Published bySIAPA yang tidak mengenali Zul Yahya seorang pelakon, pelawak, pengarah dan pengacara yang popular sekitar tahun 90-an menerusi filem melayu dan telefilem seperti Leftenan Adnan (2000), Gerak Khas The Movie (2001), MX3 (2003), Aku dan Topi Ajaib (2008) dan Husin UFO (2016). : KitaReporters
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Zul Yahya
https://kitareporters.com/search?search=Zul+Yahya
Setiap lakonannya dia sering digandingkan dengan pelakon wanita seperti Sharifah Shahirah, Siti Fazura dan Norkhiriah Ahmad Shapie dan kerap memegang watak humor dan lucu.
Dia yang berhenti daripada dunia lakonan sejak tahun 2014 dan kini bergiat aktif dalam dunia dakwah dan keagamaan, merapati konsep ketuhanan dan keberkatan ilahi.
Zul yahya cuba membuka satu produk makanan ringan yang didakwanta ada mempromosi simbol bermata satu
Menerusi satu postingnya dalam Instagram Zul menggesa ibu bapa agar memerhatikan anak-anak dalam membeli atau memilih permainan berkonsepkan dua dalam satu iaitu makanan ringan yang dibekalkan sesuatu permainan atau pelekat.
Kekhuatiran yang timbul mungkin sahaja tidak menjejaskan pertumbuhan anak-anak tetapi jika tidak dibendung ia dapat memberi impak terhadap agama dan kepercayaan sehingga merenjatkan pegangan serta akidah seseorang.
Ilustrasi makanan ringan yang, menarik minat anak-anak untuk menilikinya tanpa mengetahui baik buruk
Anak-anak diibaratkan kain putih yang suci lagi tiada kotoran, perkara-perkara yang menganggu pemikiran anak-anak terhadap sesuatu hal yang biasa dilihat sejak kecil akan mendatangkan musibah atau kecelakaan sesudah dewasa.
Pemilihan permainan yang sesuai dan tidak menyesatkan dapat membina sahsiah baik serta sempurna. Memang benar mereka gemar kepada permainan yang bersifat meneka atau mengejutkan, tetapi jika dapatan itu ke arah pemujaan yang bersifat membelakangkan Tuhan yang satu ia adalah dosa besar.
Dalam dunia anak-anak, hiburan adalah sesuatu terpenting tanpa memikirkan baik dan buruknya. Hendak pula jika permainan itu mempunyai paparan ilustrasi yang menarik dan murah berhabis wang pun tidak mengapa asalkan dapat dimiliki sekerap boleh.
Misalnya keychain atau pelekat yang ada simbol atau berbentuk segi tiga bermata satu digantung dan dipaparkan ke wajah, sekali gus menjadi ikutan mereka yang lain seterusnya dicontohi, tidakkan ia terlihat sebagai suatu bentuk pemujaan terang-terangan?
Agenda-agenda kecil ini bukanlah sesuatu yang baru dilancarkan oleh musuh-musuh agama, banyak dibongkarkan secara meluas! Kali ini sasarannya berupa permainan yang ditujukan kepada anak-anak Muslim dengan tujuan pemesongan akidah berstrategi.
Islam begitu sensitif dengan figura-figura bermata satu kerana dikaitkan dengan syaitan, iblis dan dajjal yang zalim seterusnya menyesatkan umat manusia dengan cara menduakan Tuhan selain-Nya Yang satu.
"Ujian tidak memberikan kesan pada agama tapi agama (jika terpesong) memberi kesan terhadap ujian.
"Di tangan saya ni ada satu gula-gula namanya tatoo poping candy, gambar harimau di hadapan. Dia ada logo halal dan banyak berada di pasaran, logo halalnya pula lain sikit dibuat di negara China.
"Dalam ni ada gula-gula, bila makan akan meletup dalam mulut, harganya murah sahaja RM1. Dia ada sticker dalam tu (pelekat badan bermata satu), benda sekarang mudah ada di mana-mana," jelasnya bimbang.
Dalam pada itu Zul, turut meragui paparan status halal kerana logonya adalah berbeza dari spesifikasi yang diuar-uarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pemilihan bahan pembuatannya juga menjadi tanda tanya takut menggunakan barangan tidak baik, tidak bersih lagi meragukan.
Figura bermata satu sinonim dengan pemujaan kepada iblis dan dajjal
Sementara itu, menurut pendakwah bebas Ustaz Auni Mohamad, konspirasi yang melibatkan figura bermata satu ini tidak terhad kepada barangan permainan anak-anak.
Unsur-unsur bersangkutan hiburan yang lagha adalah formula utama dijadikan sebagai hebahan halus mendekati rapat selain penciptanya dengan tujuan menyesatkan.
Tambahnya lukisan-lukisan geometri bermata satu dan lakaran-lakaran ke arah dajjal atau iblis sinonim dikaitkan dengan gerakan Freemason dan Iluminati.
Iluminati dan Freemason dilihat sebagai organisasi rahsia dalam menyusun atur serta menggubah dunia menerusi campur tangan "tangan-tangan ghaib" yang tidak diketahui dari mana.
Mereka adalah gerakan yang terkenal dan paling misteri di dunia dan menjadikan selebriti terkenal Barat sebagai boneka atau ikon dalam menyebarluaskan agenda sesat kepada dunia.
"Anda tahu Bermuda Triangle? Kenapa ia juga dilakarkan dengan geomatri segi tiga? Kerana di situlah dikatakan terbinanya istana iblis dan dajjal.
"Begitu juga dengan bendera Israel menunjukkan geometri segi tiga ke atas dan ke bawah, tidak lain dan tidak bukan ada kaitannya dengan konspirasi mengubah dunia", ujar Ustaz Auni. - KitaReporters