Video| Majlis akikah untuk Ameena Hanna Nur Atta! Aurel, Atta sedekahkan 222kg daging kambing!
Published bySETELAH lima hari menimang cahaya mata, selebriti terkenal Indonesia Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah mengumumkan nama dan menunjukkan wajah anak mereka.
Bayi perempuan yang disebut sebagai Baby A ini diberi nama Ameena Hanna Nur Atta.
Menurut Atta, Ameena diambil daripada nama ibu Nabi Muhammad SAW. Tambah Atta, menjadi ibu yang melahirkan manusia paling hebat di dunia, bermakna, dia juga perempuan yang hebat.
Sementara itu, Hanna membawa erti kebahagiaan dan kelahirannya membawa kebahagiaaan sekeluarga. Manakala Nur pula diambil daripada nama ibunya, Aurel. Nama sebenar Aurel ialah Titania Aurelie Nurhermansyah.
Nama dan wajah si anak diumumkan dalam siaran langsung rancangan Insert Plus di stesen TV RCTI pada Sabtu, 26 Februari 2022 lalu.
Ameena Hanna Nur Atta dilahirkan di Hospital Bunda, Jakarta pada Selasa, 22 Februari 2022 lalu.
Sementara itu, si nenek, penyanyi terkenal Krisdayanti berkongsi wajah comel Ameena menerusi laman Instagramnya.
Ameena merupakan cucu pertama bagi keluarga Aurel dan Atta, sudah tentu kelahiran ini sangat dinanti-nantikan oleh kedua-dua keluarga.
Akaun ini berjaya mempunyai lebih 300,000 pengikut selepas tiga jam diwujudkan dan kini mempunyai lebih 800,000 pengikut setakat pada 4 Mac 2022.
Terkini, Atta dan Aurel juga menyediakan sebanyak 222 kilogram daging kambing bagi majlis aqiqah dan sedekah untuk anak mereka, Ameena Hanna Nur Atta yang diadakan pada Jumaat, 4 Mac 2022.
Majlis aqiqah anak perempuan cukup dengan menyembelih seekor kambing dan pasangan ini sudah mendapatkan kambing khusus untuk dikorban.
Seekor kambing seberat 100kg dijadIkan kambing akikah Ameena dan Atta sendiri menyembelihnya dengan bantuan pekerja di sebuah tempat jualan kambing di Jakarta. Ia merupakan pengalaman pertama Atta menyembelih kambing.
Pengalaman pertamanya diabadi dalam video yang dimuatnaikkan dalam laman Youtube AT (Atta Halilintar).
Namun atas tanda syukur setelah lahir cahaya mata perempuan pada 22 Februari 2022 (22.02.2222) lalu, pasangan ini turut menyembelih beberapa ekor kambing lagi untuk mendapatkan 222 kilogram daging.
Daging-daging itu disedekahkan kepada penduduk sekitar kediaman mereka di Pondok Indah, Jakarta.
Kambing-kambing itu disembelih sejak beberapa hari dan disimpan dalam peti sejuk untuk diserahkan pada 4 Mac 2022.
Kereta jenama Tesla warna merah jambu dibeli untuk anak sulung sebelum dilahirkan
Atta dan Aurel cukup teruja akan kelahiran anak sulung mereka. Sebelum kelahiran, Atta sudah membelikan sebuah kereta mewah jenama Tesla berwarna merah jambu (pink) untuk si anak.
Sementara itu persalinan dijalankan di sebuah hospital mewah di Jakarta iaitu Hospital Bunda dan menyewa setingkat hospital itu untuk penginapan kaum keluarga.
Dan terbaharu Atta dan Aurel menyimpan tali pusat bayi sulung mereka. Ia disimpan dalam bank sel tunjang (stem cell bank).
Menurut pemilik bank sel stem itu, Prof Dr Deby Vinski, manfaatnya lebih kepada untuk masa hadapan melibatkan kesihatan. Ia boleh menyembuhkan penyakit kanser, diabetes dan strok. - KitaReporters