Video| Doakan kami diberi ketenangan! Tak bergaduh, tetap bersahabat! Azri, Ellie sah dah cerai!
Published byAzri Iskandar lafaz cerai talak satu ke atas Ellie Suriaty. - Kredit foto: Kredit foto: Malaysiakini
"YA betul... saya dah ceraikan Ellie dengan talak satu tadi (17 Mei 2022). Kami dah tak sehaluan... tapi tidak bergaduh pun. Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami," jelas Azri.
Beliau memohon doa agar kehidupan mereka yang kini sudah berasingan diberikan ketenangan.
"Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang. Harap maklum dan mengerti… saya nak berehat… nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita," tambahnya.
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan isu perceraian
Setelah 19 tahun diikat dengan perkahwinan dan mempunyai dua cahaya mata, dua insan seni veteran, Ellie Suriaty Omar, 52, dan Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 54, terlerai apabila disahkan bercerai dalam prosiding Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa, 17 Mei 2022.
Keputusan itu diputus setelah Ellie memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya, Azri pada 22 April 2022. Bagi Ellie percerian adalah jalan terbaik setelah usaha untuk memperbaiki hubungan sejak empat tahun lalu tetap gagal.
Namun Ellie mengambil keputusan keluar rumah setelah menfailkan perceraian 22 April 2022, namun secara baik dengan memberitahu Azri terlebih dahulu.
Ellie dan Azri berkahwin pada 2003 ketika masing-masing sedang popular setelah perkahwinan pertama Azri gagal. Mereka memperoleh dua anak iaitu mereka dikurniakan dua anak iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13.
Bagi Ellie ia merupakan keputusan sukar untuk diambil tetapi menganggap jodoh setakat itu, tanpa melupakan detik manis bersama dan mengganggap Azri adalah bapa penyayang kepada anak-anak.
Bagi Ellie perpisahan ini adalah jalan terbaik bagi kedua-duanya. Selama ini pergeseran dalam rumah tangga Ellie dan Azri diketahui ramai dalam kalangan karyawan seni, namun kedua-duanya cuba mengelak apabila ditanya.
Sementara itu Azri yang dihubungi secara berasingan mengesahkan mereka sudah berpisah kerana sudah tidak sehaluan, bukan bergaduh.
"Ya betul... saya dah ceraikan Ellie dengan talak 1 tadi (semalam). Kami dah tak sehaluan... tapi tidak bergaduh pun. Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami," jelasnya.
Azri memohon doa agar kehidupan mereka yang kini sudah berasingan diberikan ketenangan.
"Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan danai sekarang. Harap maklum dan mengerti… saya nak berehat…nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita," katanya kepada sebuah media. - KitaReporters