Video| Suami cekup isteri curang dengan suami orang! Dah 10 kali berzina! Tunggu hukuman sebat!
Published bySeorang suami mengesan kecurangan isterinya lalu membawa beberapa rakannya menyerbu isterinya, Mar, 39, yang berselingkuh (berzina) dengan kekasihnya bernama Sup, 54, di sebuah rumah sewa.
Kejadian berlaku pada Jumaat, 27 Mei 2021 di Kampung Bukitrata, Kejuruanmuda, Aceh Tamiang, Aceh kira-kira jam 11.25 malam waktu tempatan.
Suami yang dirahsia namanya mengesyaki isteri berlaku curang setelah melihat pergerakan anehnya. Isterinya menyatakan perlu ke luar daerah di Takengon bagi menjalankan pekerjaan sedangkan si isteri hanya bekerja sebagai pembantu rumah.
Mengesyaki kecurangan isterinya, si suami melakukan intipan dan mengetahui rumah sewa isteri dan pasangan selingkuhnya.
Bagi menguatkan bukti kecurangan isterinya, si suami membawa beberapa rakannya menyerbu rumah sewa itu.
Difaham rumah sewa itu didiami sejak sebulan lalu dengan kadar sewa Rp250 ribu (kira-kira RM77).
Kedatangan si suami dan beberapa rakannya menyebabkan berlaku kekecohan, mujur dapat ditenangkan orang ramai. Sup berjaya meloloskan diri, namun dapat ditangkap kemudian.
Sup mempunyai isteri dan anak yang tinggal di Desa Salahaji, Kecamatan Pematangjaya, Langkat, Sumatera Utara.
Menurut Ketua Bidang Penegakan Syariat Islam, Aceh Tamiang, Syahrir Pua Lapu, pasangan itu mengaku sudah melakukan persetubuhan haram sebanyak 10 kali.
Kedua-duanya kini ditahan di Balai Polis Aceh Tamiang sebelum dijatuhkan hukuman sebat. - KitaReporters