SEJAK pengumuman kerajaan memutuskan keputusan untuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ramai bersorak riang dan bersyukur!! Kalimah pertama keluar dari bibir penduduk Malaysia adalah pulang ke kampung! Perlu diingatkan sekerap mungkin, fasa pemulihan yang diumunkan bukanlah bererti kita menang, saban waktu kita perlu menjaga SOP kebersihan dan keselamatan yang teliti agar terus terhindar daripada wabak membunuhkan ini. : KitaReporters

Kredit foto: Twitter @KKMPutrajaya


Ya, benar!! 

Kita perlu sahaja meraikan berita atau perkhabaran gembira ini namun perlu beringat dan berwaspada selalu seperti bidalan orang tua dahulu, malang tidak berbau, kalau berbau 10 kilometer lagi pasti dapat mengesan kecelakaan yang bakal menghampiri kita.

Kata pengkaji kesihatan dunia, COVID-19 ini sudah seperti demam, selsema dan batuk yang sentiasa ada pada bila-bila sahaja menyerang selagi vaksinnya tidak ditemui!

Apa pun syabas Malaysia dengan fasa pemulihan yang baru sahaja diumunkan.

Sudah pastinya peristiwa ngeri ini terpahat rapi di hati rakyat Malaysia betapa bersungguh-dungguhnya kita menentang penularan wabak ini, seperti kata Perdana Menteri kita "we break the chain." 

Ramai juga netizen yang memuat naik status kenang-kenangan sebagai memori yang tidak dapat dilupakan ketika itu.

Yalah! Facebook rajin dalam bab mengingati ni, nostalgik sangat!!

Kredit foto: Twitter @KKMputrajaya


Jika hendak dihitungkan banyak perkara baharu dan luar biasa terjadi dalam tempoh PKP itu. 

Solat jumaat tidak dibenarkan, sekolah ditutup, perayaan Aidilfitri dibenarkan disambut hanya sehari, harga minyak jatuh sehingga RM1.25sen seliter,  tiket kapal terbang menjadi murah, pita pelekat dilekatkan di kerusi bagi mempraktikkan penjarakan sosial di merata tempat dan bermacam lagi.

Sedih tapi gembira!!

Mujurlah kerajaan mengambil pendekatan proaktif dan agresif melaksanakan perintah berkurung dengan segera dan tidak berlengah, syabas!

Ketika itu juga barisan hadapan kita (frontliners) seperti polis, tentera, bomba, RELA, pertahanan awam, posmen, penghantar makanan, jururawat, doktor serta petugas kesihatan dikalungkan penghargaan yang cukup besar dan teragung. 

Bantuan NGO dan orang perseorangan ketika itu cukup melancarkan aktiviti perkhidmatan kesihatan yang dijalankan, hari-hari!

Barisan hadapan (frontliners) meraikan PKPP yang diumumkan oleh PM


Pelbagai derma kilat dan sumbangan dikumpulkan, makanan dan minuman percuma dihulurkan kepada petugas barisan hadapan di setiap sudut dan penjuru seluruh Malaysia. 

Hebat orang kita, kaya dengan semangat untuk bantu membantu yang tinggi, oleh kerana itu kita boleh berbangga dengan PKPP yang diputuskan kerajaan. 


Baru-baru ini tular dalam media sosial soalan-soalan berkaitan PKP yang dicipta oleh masyarakat Malaysia dengan tujuan mengenang kembali peristiwa hitam yang baru berlaku khususnya seluruh dunia. 

Tapi kena ingat tau, kita belum berjaya lagi! 

Seperti sejarah detik hitam berdarah 13 Mei yang diingat kebanyakan orang, penularan wabak COVID-19 juga merupakan memori gelap yang perlu diingati oleh generasi kita apabila menuju dewasa. 

Orang kata perkara yang lepas jangan dikenang! 

Peristiwa  wabak COVID-19 ini wajar untuk diingati agar kita mengambil tauladan dan kebaikan yang sering kali kita culas dan alpa menyebabkan timbulnya kerosakan pada semua. 




Bukan niat untuk mempersendakan peristiwa atau kenangan, tetapi bentuk hiburan dan gurauan sebegitu senang dan mudah untuk diingati kerana ia akan dikongsi berjuta-juta pemain maya, sekali gus terlekat dalam ruangan maya sesiapa yang berkongsi sejauhnya. 

Menghiburkan! secara tidak langsung kita juga dapat mengasah pengetahuan dan ingatan kita terhadap perkara yang baru berlaku ketika itu. 

Ramai yang menyimpulkan ada hikmah di sebalik kejadian berlaku itu. 




Benar! 

Masyarakat mula bersyukur dan mengharapkan bantuan serta pertolongan Tuhan saban waktu, kebersihan sentiasi diamalkan, kerjasama dan bantu membantu mula dipraktikkan, kita belajar untuk menghargai, berdisplin dan yang paling utama kebersihan alam sekitar dapat dikawal dengan begitu sempurna. 

Menurut laporan yang diterbitkan pemain media di Malaysia, sepanjang tempoh PKP yang diwartakan terkelihatan sungai kembali bersih, haiwan eksotik muncul di lapangan, suhu dunia stabil, lapisan ozon kembali menutupi ruangan udara. 

Namun dalam kebaikan yang kita harungi itu terdapat sisi yang menyedihkan apabila kita terasa menjauh dari mata-mata kejauhan ar-Rahman Tuhan sekalian alam. 

Sedih dan hiba! 

Pada saat dan ketika ini beringat dan berhati-hatilah lakukan amalan SOP yang akur prosedur, dalam pada kita berhibur dan bergurau senda janganlah kita lalai dan ingkar nasihat.

Benarlah kata orang-orang tua dahulu jangan sudah terhantuk baru nak terngadah! 

Selamat meraikan PKPP. Tahniah sekali lagi Malaysia!!  - KitaReporters

Pengumumuman PKPP oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin

9
3
3
17
3

Copy Link: