Berita Terkini| Keluarga di Malaysia bazirkan RM2,500 setahun! Buang sisa makanan setiap hari!
Published byGambar hiasan... Masyarakat perlu bijak mengurus penyediaan makanan seharian agar tidak berlaku pembaziran. - Kredit foto: inhabitat.com
SETIAP keluarga di Malaysia (purata isi rumah empat orang) secara puratanya membazirkan antara 500 hingga 800 gram sisa makanan setiap hari menyebabkan kerugian kira-kira RM210 sebulan dan RM2,500 setahun.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ismail Abd Muttalib berkata jenis sisa makanan paling banyak dibazirkan setiap keluarga ialah nasi serta roti.
“Masyarakat seharusnya bijak mengurus penyediaan makanan seharian supaya setiap hidangan makanan dapat dihabiskan tanpa perlu dibazirkan.
“Orang ramai digalakkan menggunakan semula lebihan makanan dalam resipi baharu, menderma dan bersedekah serta masak dalam kuantiti secukupnya untuk seisi keluarga tanpa perlu membazir,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 6 Mei 2021.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata menerusi Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran dilaksanakan sejak tahun 2015 terdapat enam strategi elak pembaziran makanan.
“Antaranya ialah buat senarai pembelian dan hidangan, simpan secara betul dan tersusun ikut tarikh luput serta guna bahan mudah rosak atau hampir tarikh luput terlebih dahulu.
“Sementara itu, janaan sisa pepejal di Malaysia sehari ialah 38,120 tan dan daripada jumlah itu sebanyak 44.5 peratus ialah sisa makanan yang bersamaan dengan 17,000 tan sehari,” ujarnya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter