Berita Terkini| Sajat dipercayai berada di Thailand? Bersembunyi selepas waran tangkap keluar!
Published bySAJAT. - Kredit foto: IG Nur Sajat
USAHAWAN kosmetik kontroversi, Nur Sajat, 36, yang menghilangkan diri selepas waran tangkap dikeluarkan makhamah dipercayai kini bersembunyi di Thailand.
Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dikenakan waran tangkap selepas tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor bagi sebutan semula kes pertuduhan berpakaian wanita.
Memetik laporan Harian Metro pada 6 April 2021, sumber memberitahu Sajat sedang berada di negara Gajah Putih berkenaan tetapi tidak mendedahkan bagaimana cara usahawan kosmetik itu pergi ke sana.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula mengesahkan Sajat kini berada di negara jiran namun tidak menyebut atau memaklumkan negara tersebut.
“Sajat kini berada di negara jiran. Kita nasihatkan dia agar pulang ke Malaysia dan pergilah ke mahkamah,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia sudah berkongsi maklumat berkaitan Sajat yang didakwa berkemungkinan sudah berada di luar negara dan informasi tersebut tidak boleh didedahkan kerana dibimbang boleh mengganggu siasatan yang dijalankan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter