Berita Terkini| Vaksin Covid-19! Sultan Selangor, Tengku Permaisuri dah lengkapkan dos kedua!
Published bySultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-10. Kredit foto: FB Selangor Royal Office
Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku
Permaisuri Norashikin Abdul Rahman telah melengkapkan dos suntikan kedua vaksin
Covid-19 di Hospital Shah Alam, pada 10 April 2021.
Turut
menerima dos suntikan kedua ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Menurut
kenyataan Selangor Royal Office bertarikh 10 April 2021, baginda berdua telah menerima suntikan dos
pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech pada 20 Mac 2021 lalu.
Kenyataan
turut memaklumkan, baginda berdua juga turut meminta semua rakyat jelata pelbagai
peringkat umur agar mendapatkan suntikan
vaksin Covid-19 demi kesejahteraan dan kesihatan tanpa ragu-ragu.
“Beta menggesa
rakyat segera mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dan bersabar menanti giliran
bagi dapatkan suntikan,” titah baginda. - KitaReporters