Salah sebuah bot yang dirampas oleh APMM dalam Ops Iman. - Kredit foto: APMM


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu berjaya menahan 13 nelayan Vietnam yang menaiki dua bot berasingan dalam Ops Iman pada 25 April 2021 setelah didapati menceroboh perairan negeri antara jam 6.35 pagi dan 7.14 pagi.

Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kedua-dua bot tersebut ditahan Kapal Maritim (KM) Nusa ketika menangkap ikan menggunakan kaedah tunda ganding pada kedudukan 35 dan 36 batu nautika timur laut, Kuala Terengganu.

“Pemeriksaan mendapati bot pertama dikendalikan empat kru termasuk tekong, manakala bot kedua dikendalikan sembilan kru termasuk tekong. Kesemua kru kedua-dua bot terbabit warga Vietnam.

“Kesemua 13 kru termasuk tekong berusia antara 26 hingga 47 tahun ditahan kerana tidak memiliki permit kerja dan dokumen pengenalan dirI," katanya dipetik oleh Harian Metro, 26 April 2021.

Tambah beliau, susulan tangkapan itu, sebanyak 15,000 liter diesel dan lebih 2,000 kilogram ikan dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk bot serta peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM2 juta.

Muhammad Suffi berkata, kedua-dua bot berserta kru dan tekong ditahan sebelum dibawa ke Jeti APMM Terengganu kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63  serta Akta Imigresen 1959/63. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0

Copy Link: