IMPIAN serta hasrat Persatuan Pengadil Negeri Terengganu (PPNT) sejak sekian lama kini menjadi kenyataan apabila ia diterima menjadi ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dalam satu kongres persatuan bola sepak itu di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, baru-baru ini. : KitaReporters



SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Kursus Persediaan Peperiksaan Futsal Kelas 3 FAM Peringkat Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020. - Kredit Foto: PPNT


Lagi kisah-kisah berkaitan bola sepak:

https://kitareporters.com/search?search=bola+sepak 


Dalam kongres PBSNT yang berlangsung di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu pada 3 Disember 2020 lalu, usul tersebut dibawa oleh Timbalan Presiden II PBNST, Marzuki Sulong yang mencadangkan agar PPNT menjadi ahli gabungan persatuan bola sepak itu.

Sebaik sahaja cadangan itu diluluskan bermakna PPNT tidak akan bergerak secara bersendirian sebaliknya setiap program yang bakal dilaksanakankan nanti akan menjadi seia sekata selain mendapat kerjasama dari PBSNT demi memantapkan kesukanan di negeri Terengganu.


MARZUKI Sulong (kanan) menyampaikan cederahati kepada seorang peserta di Kursus Persediaan Peperiksaan Futsal Kelas 3 FAM Peringkat Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020. - Kredit Foto: PPNT 


MAJLIS perasmian Kursus Persedian Peperiksaan Futsal Kelas 3 FAM Peringkat Negeri Terengganu.  -  Kredit Foto : PPNT


Timbalan Presiden II PPNT, Ismadi Ibrahim memberitahu, sebelum ini kebanyakan aktiviti yang dilakukan pihaknya kurang membabitkan persatuan bola sepak negeri itu menyebabkan terdapat juga masalah yang terpaksa dihadapi PPNT. 

Namun, beliau berkata, apabila PPNT bergerak di bawah gabungan itu, pelbagai perkara yang sebelum ini dialami akan dapat diatasi secara berperingkat-peringkat, di samping ia dapat memartabatkan bidang pengadilan di negeri ini.


ISMADI IBRAHIM


MARZUKI SULONG


``Kita akan merancang pelbagai program bukan sahaja membabitkan pertandingan bola sepak tetapi aktiviti kemasyarakatan dengan mendapat kerjasama dari PBSNT nanti. 

``PPNT ucap terima kasih banyak-banyak kepada PBSNT dan terima kasih juga kepada Cikgu Marzuki juga selaku Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Daerah Setiu yang membawa usul tersebut dan akhirnya kami diterima menjadi ahli gabungan persatuan itu,’’ katanya. 

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengadil Daerah Setiu (PPDS) berkata demikian ketika ditemui di majlis Kursus Persediaan Peperiksaan Futsal Kelas 3 FAM peringkat Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu pada 12 Disember 2020. 

Hadir sama di program berkenaan ialah Pengerusi PPNT, Rosdi Hamat dan Timbalan Pengerusi I PPNT, Mat Lazim Awang Hamat.

Kursus pengadil futsal yang dirasmikan oleh Marzuki itu diadakan selama satu hari dan ia dihadiri lebih daripada 45 pengadil meliputi lapan daerah di seluruh negeri ini.


PESERTA kursus Persediaan Peperiksaan Futsal Kelas 3 FAM Peringkat Negeri Terengganu pada 12 Disember 2020. 


Marzuki ketika berucap pada majlis itu berkata, para pengadil yang mengendalikan sesuatu pertandingan hendaklah dilakukan secara profesional supaya setiap permainan dapat berjalan dengan sempurna.

Menurutnya, buruk baik serta keberkesanan permainan itu adalah bergantung kepada pengadil dan sekiranya pengadil terbabit yang mengadili perlawanan tidak dijalankan secara sempurna akan memberi kesan kepada mereka sendiri. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: