Wanita kian berani! Sertai program bermotosikal Rider Besut!
Published byAKTIVITI permotoran sebelum ini hanya dimonopoli oleh golongan lelaki tapi kini sudah tidak releven lagi kerana golongan Hawa juga sudah berani menampilkan diri menyertai apa sahaja program membabitkan motosikal. Sekumpulan anak muda dan remaja di daerah Besut, Terengganu, tidak ketinggalan memenuhi masa terluang untuk menyertai aktiviti bermotosikal dengan menganjurkan program jelajah Terengganu. : KitaReporters
Peserta program Besut Rider mengeratkan silatulrahim antara pemilik motosikal di daerah Besut
Lagi kisah-kisah berkaitan motosikal:
https://kitareporters.com/search?search=motosikal
Menariknya, mereka bukanlah ada kelab atau persatuan khusus untuk pemilik motosikal tetapi mereka secara sportan berjaya mengumpul peminat motosikal untuk menyertai program tersebut.
Berbekalkan semangat setia kawan dan minat yang sama, sekumpulan 42 pemilik motosikal pelbagai jenama berpakat menganjurkan aktiviti bermotosikal dari bandar Jertih ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Peserta Besut Rider singgah di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu
Program sehari yang disertai 42 peserta termasuk lima wanita yang julung kali diadakan oleh kumpulan terbabit selain berjaya menguji ketahanan fizikal, peserta ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dan menjalin ukhwah antara satu sama lain.
Kumpulan tersebut diketuai Shahrul Nizam Johan menganjurkan program “Besut Rider” dengan tujuan untuk melatih peserta menunggang motosikal secara berhemah dan berdisiplin di jalan raya.
Rohazlina Abd Halim antara lima wanita memberanikan diri menyertai program bersama kumpulan lelaki
Peserta wanita, Rohazlina Abd Halim, 45, berkata beliau yang pertama kali menunggang motosikal secara berkumpulan dengan jarak jauh berasa teruja kerana dapat menimba pengalaman bersama rakan lelaki.
Katanya, walaupun hanya lima wanita yang menyertai aktiviti itu, tetapi perasaan seronok dan rasa bangga kerana dapat menamatkan aktiviiti tersebut tanpa menghadapi sebarang masalah dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Rohazlina ketika menunggang motosikal dalam program Besut Rider
“Sebelum ini saya tidak pernah menunggang motosikal
sejauh kira-kira 500 kilometer pergi dan balik, tetapi menerusi aktiviti itu ia
satu cabaran bagi golongan wanita,” katanya.
Katanya, selepas menimba pengalaman pertama beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti sama jika ada penganjur yang memberi peluang kepadanya.
Rohazlina atau lebih mesra dengan panggilan Cikna tidak takut menyertai program bersama golongan lelaki sebaliknya semua peserta macam satu keluarga dan saling bantu membantu jika menghadapi masalah sepanjang dalam perjalanan tersebut. - KitaReporters
Rohazlina berhasrat untuk menunggang motosikal lebih jauh jika ada penganjur memberi peluang kepadanya