Gambar hiasan... Makan di restoran antara salah satu aktiviti dibenarkan Sabah sempena pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara. Kredit foto: Malay Mail


Sabah benarkan aktiviti makan di restoran, pengoperasian kedai gunting rambut serta beberapa kegiatan lain bermula 29 Jun 2021 sempena pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata lebih banyak sektor ekonomi serta sosial dibuka dan perincian prosedur operasi standard (SOP) terbaharu negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Beberapa aktiviti dibenarkan termasuk makan dalam restoran dan restoran dalam premis hotel serta kedai gunting rambut. Gerai-gerai sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya juga dibenarkan beroperasi.

“Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga dibenarkan. Malah, aktiviti pembuatan dan pengilangan turut diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu serta perabot

“Bagaimanapun, sebahagian besar standard operasi prosedur (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikekalkan,” katanya yang dipetik laporan Utusan Malaysia pada Isnin,  28 Jun 2021.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan pelaksanaan PKP 3.0 tidak ditamatkan sebaliknya fasa pertama PPN akan diteruskan sehingga kes jangkitan harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0

Copy Link: