Aron Koh terjemah perjuangan 18 tahun! Melalui buku Zoom In: The Untold of Malaysia Filmmaking!
Published byKETERLIBATAN diri dalam dunia perfileman selama hampir dua dekad memberi inspirasi kepada penerbit muda menghasilkan buku sendiri bagi berkongsi pahit maung perjalanan diri.
Bagi Aron Koh, yang juga pengarah filem terkenal seperti "Show Me Your Love", buku yang dinamakan 'Zoom In: The Untold of Malaysia Filmmaking' merupakan buah tangan dan cetusan hatinya yang sulung selepas 18 tahun berkecimpung dalam industri perfileman.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan penerbitan buku
Aron yang pernah bergelar pengurus besar Akademi Filem dan TV Limkokwing, pensyarah kanan produksi filem dan TV itu mengakui, buku terbitan sulung itu merupakan cetusan hati yang menghimpunkan perjalanan dirinya dalam industri berkenaan.
Bukan sekadar itu turut dikepilkan sekali dalam buku tersebut adalah cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang bergelar penerbit yang dilalui selama tempoh itu.
Katanya, idea untuk menerbitkan buku yang terbahagi kepada lima itu bab sudah lama direncanakan namun kekangan masa membuatkan dia tidak mampu mencuri masanya sendiri bagi menyiapkan kerja-kerja penulisan.
Namun siapa sangka Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan berikutan pandemik COVID-19 melanda dunia memberi hikmah tersendiri kepadanya apabila berjaya menyiapkan terbitan sulungnya.
“Semasa PKP 3.0, saya mempunyai banyak masa di rumah dan boleh menumpukan perhatian dalam menyiapkan buku ini," ujarnya yang memilih untuk menulis buku itu dalam bahasa Inggeris sepenuhnya kerana mahu memberi berpeluang orang ramai membaca termasuk warga asing dalam memahami perjalanan pembikinan filem tempatan.
Kongsi Aron, matlamat asal menerbitkan buku itu bukan sekadar berkongsi pengalaman diri tetapi juga sebagai memberi inspirasi kepada golongan muda yang berminat dalam industri perfileman.
“Matlamat terbesar saya adalah menggalakkan rakan sekerja saya dalam industri ini supaya tidak berputus asa dan bersedih walaupun mengalami pandemik COVID-19,"kongsinya.
Lebih menarik, Aron berkongsi, hasil kerjanya itu telah diperakui oleh blockchain agency, akan menjadi karya pertama pembuat filem Malaysia yang akan diletakkan dalam platform dagangan.
Malah pemuda kacak itu mengakui untuk menyumbangkan 300 nashkah kepada perpustakaan awam Selangor untuk bacaan umum.
"Saya harap buku yang mengisahkan perjalanan dalam industri memberi inspirasi kepada pembuat filem lain untuk lebih aktif selain meningkatkan pengaruh filem Malaysia serta mewujudkan lebih banyak kerjasama rentas sempadan,"ujarnya penuh harapan. - KitaReporters
Kredit foto: mStar