Bila nak kahwin? Eyka Farhana dan Akhyar Rashid mahu beri fokus kepada kerjaya masing-masing dahulu!
Published byKisah percintaan antara bintang bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) FC Muhammad Akhyar Abdul Rashid bersama pelakon, Eyka Farhana bukan lagi satu rahsia kerana hubungan mereka telah terjalin sejak lima tahun dahulu.
Meskipun jarang keluar bersama atas komitmen, kadang-kala mereka ada kongsi gambar bersama platform media sosial.
Untuk Akhyar, beliau sememang tidak terlalu aktif dalam media sosial dek kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh kelab JDT itu sendiri dan ia berlainan dengan Eyka yang aktif dalam media sosial.
Pelakon yang sedang meningkat naik ini tidak berselindung mengakui hubungan mereka berdua dan tidak menolak kemungkinan andai kata jodoh mereka sudah sampai untuk disatukan, beliau menerimanya.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Eyka atau sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dalam sidang media filem Anak Perjanjian Syaitan 2.
Hubungan Eyka Farhana bersama keluarga Akhyar Abdul Rashid juga dilihat rapat dan saling mengenali antara satu sama lain. - Kredit foto: Instagram Eyka Farhana
Namun begitu, sebelum melangkah ke arah lebih serius, kedua-dua ingin memberi fokus kepada bidang yang diminati terlebih dahulu untul kejar lebih banyak kejayaan.
Ketika ini Akhyar dalam fasa persediaan menghadapi Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala Asia yang akan berlangsung pada tahun hadapan (2024) di Qatar.
Akhyar bukanlah pemain pertama JDT yang ada hubungan istimewa dengan pelakon sebaliknya beberapa pemain JDT juga sudah berumah tangga dengan mereka yang aktif atau ada hubungan dalam dunia hiburan. - KitaReporters