Sukan Asia 2022: Henjutan terakhir hadiahkan gangsa keirin buat Shah Firdaus! Berjaya bukti dirinya!
Published byMuhammad Shah Firdaus Sahrom sekali lagi membuktikan dirinya antara pelumba trek terbaik negara selepas menghadiahkan pingat gangsa di temasya Sukan Asia 2022 buat negara dalam acara keirin pada 29 September 2023.
Dalam acara terakhir itu, Shah Firdaus sedar akan cabaran yang beliau harus hadapi daripada beberapa pelumba negara lain namun tetap fokus dan henyutan pada pusingan terakhir ternyata memberikan beliau pingat.
Biarpun memulakan perlumbaan dari belakang namun beliau bangkit pada pusingan terakhir dan memotong pelumba lain sebelum menuju ke garisan penamat.
Dalam acara akhir keirin lelaki, pelumba tuan rumah, Zhou Yu melakukan pecutan awal untuk meninggal pesaing yang lain.
Strategi tersebut membuahkan hasil apabila mudah memenangi pingat emas selepas jauh meninggalkan pencabar lain di belakang.
Sementara pingat perak menjadi milik atlet dari Korea Selatan, Kang Seojun.
Zhou Yu juga mengecewakan Shah Firdaus dalam acara pecut individu pada separuh akhir sebelum ini.
Pasukan trek berbasikal negara membawa pulang empat pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan lelaki dan wanita, pecut perseorangan lelaki dan keirin lelaki.
Dua daripada empat pingat gangsa itu hadir daripada atlet berusia 27 tahun ini dan ia adalah satu persediaan terbaik sebelum melangkah ke Olimpik Paris 2024.
Meskipun tidak berjaya bawa pulang pingat emas seperti edisi di Indonesia, ia tetap satu pencapaian yang baik buat atlet trek negara dan mereka telah melakukan terbaik di Sukan Asia Hangzhou 2022 kali ini. - KitaReporters