Video| Bercerai cara baik! Sempat bersalam dan bagi ucapan raya! Sebelum bawa haluan masing-masing!

Published by
KitaReporters
.

Setelah usaha pendamaian tidak membuahkan hasil, pelakon Farid Kamil, 43, melepaskan Diana Danielle Danny Beeson,34, secara baik pada pagi Isnin, 24 Mac 2025.

Bercerai talak satu buat kali kedua itu dibuat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Suasana  berlangsung tenang tanpa sesuatu yang menegangkan berlaku.


Farid dan Diana bersalaman sebelum membawa haluan masing-masing


Malah Farid dan Diana dilihat berjalan beriringan sebaik keluar dari dewan perbicaraan pada jam 10.50 pagi sebaik kes selesai.

Dan ketika hendak pulang dan menuju ke haluan masing-masing, kedua-duanya bersalaman dan memberikan ucapan selamat hari raya dengan masing-masing mengukir senyuman.

Reaksi yang diberikan oleh Farid dan Diana memperlihat bahawa masing-masing sudah dapat melupakan peristiwa ‘sedih’ dan tiada  rasa dendam di hati mereka.

/


Malah dalam pertemuan dengan media, Diana bersyukur perceraian berjalan dengan baik. Dan dia tetap akan menjalin hubungan dengan Farid sebagai teman dan bapa kepada anak-anak.

Tambahnya, dia dan Farid akan memberikan fokus untuk membesarkan anak-anak serta menjalinkan persahabatan yang lebih baik.

Farid dan Diana tetap ceria melayan pertanyaan petugas media

Sementara itu, Farid turut meluahkan rasa syukur dan menyatakan pendapat yang sama. Dia bersyukur semuanya selesai dengan cara baik pada bulan Ramadan yang penuh berkat.

Farid juga mengucapkan terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi dan dia serta bekas isteri kini boleh memberikan fokus kepada anak-anak.

Farid dan Diana mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10, hasil perkahwinan 13 tahun pada 3 November 2012.

 

Farid Kamll dan Diana Danielle bersama anak-anak ketika masih harmoni.


Farid dan Diana bercerai talak satu buat kali pertama menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023, namun kembali rujuk semula selepas 21 hari iaitu di dalam tempoh iddah. Pada 4 November 2024, Diana membuat pendaftaran rujuk, tetapi kemudian memfailkan semula permohonan cerai kali kedua terhadap Farid.

Pada 16 Disember 2024, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memerintahkan  Farid dan Diana melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan keengganan Farid melafazkan cerai terhadap Diana. - KitaReporters


11
16
0
9
0

Copy Link: