Tahniah Suria FM! Dapat pengiktirafan MBOR! Bersiaran langsung dari atas kapal! Radio #3 terpopular!
Published byKebiasaannya kita akan mendengar penyampai radio akan bersiarang langsung di pejabat atau berlintas langsung di tempat yang adanya sesuatu acara besar bagi mendekatkan stesen radio dengan peminat.
Namun begitu, stesen radio Suria FM antara radio pertama di Malaysia mencipta kelainan apabila mereka bersiarang langsung ke udara di atas kapal mewah persiaran.
Lebih membanggakan, stesen tersebut telah mencipta sejarah tersendiri dan mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) kerana ke udara melalui atas kapal di laut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan stesen radio Suria FM
Bertemakan Morning Morning Suria Membelah Samudera ini telah dikendalikan oleh tiga penyampai radio utama bagi segmen pagi iaitu Mohd Hanaffi Razak (Ajak), Suraya Borhan dan Shahmira Muhammad (Shuib).
Dengan perubahan yang dilakukan oleh pengurus besar Suria FM, DJ Lin atau Roslinda Abd Majid sejak ambil alih pada tahun 2018 telah memberi hasil positif.
Menerusi carta radio bahasa Melayu yang paling ramai didengari peminat, Suria FM antara tiga teratas popular di Malaysia. Ini sudah tentu membanggakan warga radio itu setelah berhempas pulas sejak sekian lama.
Tagline yang cukup popular dari penyampai Suria Petang, Tyzo dan Rara iaitu Radio Nombor 1.
Dengan kepetahan serta bijak kendalikan setiap segmen, maka tidak hairan jika Suria FM akan terus menjadi radio pilihan rakyat Malaysia.
Menurut Dj Lin yang terkenal dengan segmen Suria Cinta itu, mereka berlayar selama tiga bermula pada 9 Januari 2023 dari Pelabuhan Klang dan telah merentasi beberapa negeri seperti Pulau Pinang dan Singapura. Misi juga sebenarnya sempena ulang tahun ke-15 Suria FM.
Dalam misi tersebut, Suria turut membawa beberapa artis terkenal seperti Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee bagi memeriahkan lagi misi tersebut. - KitaReporters
Kredit Foto : IG Surian FM
Sumber : BH