Video| PRU15: Are you ready? KJ makin popular di Sungai Buloh! Media sosial medan perang berkempen!
Published byHARI mengundi tinggal beberapa hari sahaja lagi. Macam-macam gaya kempen dijalankan oleh calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Dari lagu-lagu perang saraf, berjalan bertemu penduduk, menyebarkan risalah dari rumah ke rumah dan ada calon dilaporkan datang berkempen dengan diiringi sampai 70 kereta.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
Media sosial terutama TikTok menjadi tumpuan calon untuk merebut undi pengundi terutama dalam kalangan pengundi muda. Manakala dalam Facebook pula banyak gambar yang dimuat naik daripada video ceramah ahli politik mewakili pelbagai parti dengan cara kempen mereka yang adakalanya agak keterlaluan.
Tetapi kempen kali ini jauh berubah berbanding PRU14 kerana hampir lima tahun lalu, banyak konflik yang timbul berikutan kerajaan turut berubah pemimpin.
Bukan setakat mengadakan ceramah, ada calon turut bermain air bah dengan mengharungi banjir kilat untuk menemui pengundi seperti yang dilalui oleh calon bertanding paling menonjol kini, calon Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ).
Amboiii kemain auntie pegang-pegang tangan boipren aku ye.... ammmboiii biashe diaa!, usik netizen.
Sejak hari penamaan calon pada 5 November 2022, KJ berkempen dengan gaya ala-ala artis Bollywood. Apatah lagi KJ diberi gelaran MP yang tall, dark and handsome turut menarik perhatian dan dipuji oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam catatan dalam Facebooknya, Ismail Sabri melaungkan slogannya KJ untuk Sg Buloh! dengan lambang emoji lengan gagah dan bendera Malaysia.
Sebab itu juga selain tumpuan kempen di Parlimen Bera, Ismail Sabri turut meluangkan masa ke majlis ceramah KJ di Sungai Buloh di Uptown Damansara bagi memberi sokongan kepada KJ.
Sementara itu dalam catatan dalam Facebooknya, KJ berkata, "Saya akan bersama-sama calon generasi baharu pemimpin BN yang ditampilkan pada PRU15 ini dalam platform media sosial saya. Jemput sertai bagi mengetahui perancangan kami berkhidmat untuk rakyat dan rejuvenasi BN!
"Saya lebih senang berkempen dengan berjumpa dan bertukar pandangan bersama penduduk setempat. Dalam banyak keadaan, ia lebih efektif berbanding ceramah yang bersifat sehala. Petang tadi saya bersama penduduk Flat Sri Damai. Terima kasih kerana meluangkang masa bersama saya."
"Go chief.. future pm and presiden," kata Kamarulez Astrada.
Kunjungan ke Pasar Malam Bandar Baru Sungai Buloh petang tadi. Seronok berjumpa para pelanggan dan peniaga yang ceria.
KJ dalam slogannya, #KitaJelajahSungaiBuloh berkata, bertemu penduduk ke Kampung Melayu Sungai Buloh dan berpeluang bersama-sama pengusaha kedai makan dan minuman serta butik warisan tradisi. Sangat menarik sebenarnya Sungai Buloh ini! Jom tengok video ini dan sokong (support) peniaga tempatan kita .
Dia turut menyantuni penduduk Kampung Orang Asli Sungai Buloh yang diketuai Tok Batin Musa.
"Saya turut melawat kedai kraf tangan dalam perkampungan Orang Asli tersebut dan melihat sendiri barangan menarik kesenian masyarakat di sini." - KitaReporters
Terima kasih untuk sokongan yang semakin meningkat untuk KJ.