Video| Jay Jay abadi dalam Rindu Bayangan kita! Hilangnya permata seni cukup berbakat dan baik hati!
Published byHilangnya sebutir permata seni negara memang tepat diberi kepada Allahyarham Jay Jay. Dia memang insan seni cukup berbakat sepanjang 45 tahun penglibatannya dalam bidang seni iaitu sejak 1979.
Malah dia juga pemuzik berbakat dengan turut menjadi pencipta dan pengubah lagu dan penerbit album dan pemain alat muzik (sessionist) bagi persembahan hiburan dan rakaman.
Walaupun menjadi bintang yang dikenali, Jay Jay sentiasa dengan sikap rendah diri dan menjadikan dirinya disenangi orang ramai. Jay Jay mempunyai identiti sendiri sejak puluhan tahun dahulu.
Dia akan muncul di khalayak ramai dengan menutup kepalanya dengan topi atau songkok. Ia menyebabkan ramai yang berteka-teka kenapa Jay Jay enggan memperlihat bahagian kepalanya. Hingga ada yang menganggap Jay Jay mempunyai masalah keguguran rambut. Hanya orang-orang terdekat sahaja yang mengetahuinya.
Jay Jay mula bergiat aktif dalam bidang seni setelah diterima sebagai penyanyi utama dan pemain gitar bass kumpulan Carefree.
Namun lagu itu menjadi begitu bermaya setelah disampai dengan baik oleh Jay Jay. Lagu ‘Rindu Bayangan’ berjaya menjadi lagu terpopular dengan sejumlah stesen radio selama beberapa bulan dan masih sering diputar hingga kini walaupun sudah berusia 45 tahun.
Namun beberapa masalah dalam kumpulan menyebabkan Jay Jay berundur daripada kumpulan Carefree. Ia menyebabkan kedudukan Carefree tergugat dan semakin merudum.
Sementara Jay Jay memperlihat kemampuannya mampu bergerak sendiri sebagai penyanyi solo, pencipta lagu dan penyusun muzik. Jay Jay berjaya kemudian meneruskan kerjaya seni secara solo dan menghasilkan tujuh album.
Album-album itu ialah ‘Jay Jay’ (1984), ‘Kau Yang Tersendiri’ (1985), ‘Keasingan Dalam Luka’ (1986), ‘Kurnia’ (1988), ‘Bersama’ (1990), ‘Jay Jay ’97’ (1997) dan ‘Emosi’ (2009).
Antara lagu ciptaan dan nyanyian popularnya ialah ‘Kau Yang Tersendiri’, ‘Keasingan Dalam Luka’, ‘Cukuplah Sekali’ dan banyak lagi.
Jay Jay juga mencari rezeki dengan menjadi pemuzik sessionist bagi pertunjukan pentas dan rakaman. Walaupun boleh bermain beberapa alat muzik, namun Jay Jay memberi tumpuan dalam bermain gitar bass.
Ia menjadikan Jay Jay antara pemain bass paling banyak memberi khidmat dalam rakaman album tempatan sejak hujung tahun 1979.
Pada awal tahun 1990-an, Jay Jay bukan sahaja menandatangi kontrak sebagai penyanyi solo, malah dia turut dilantik sebagai penerbit album dengan elaun tetap.
Hasil kerjaya seninya Jay Jay telah menerima sejumlah anugerah berprestij. Antaranya sebagai ‘Penyanyi Lelaki Popular’ pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988, ‘Vokal Terbaik Lelaki’ pada Anugerah Industri Muzik 1998 dan Juara Kategori Pop Rock pada Anugerah Juara Lagu TV3 1998 melalui lagu ‘Joget Angan Tak Sudah’.
Memasuki usia 70-an, Jay Jay mengurangkan kegiatan seninya. Namun nama Jay Jay kembali menjadi perhatian ramai pada Mei 2024, apabila dia dilapor menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mendapat serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur.
Arwah bagaimanapun dilapor mengalami angin ahmar selepas pembedahan dan perlu menjalani rawatan fisioterapi di sebuah hospital swasta.
Namun Jay Jay menghembus nafas terakhir pada kira kira jam 9.30 malam pada Ahad 4 Ogos 2024 di Hospital Thompson, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Jay Jay meninggalkan isteri Zaitoon Wahid, empat anak (satu lelaki, 3 perempuan ) dan empat cucu.
Nash teringat ketelitian kerja Jay Jay ketika menjadi penerbit tiga album solonya. Menurut Nash dia hampir putus asa ketika merakam lagu ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik Bob Lokman. Dia dimarahi Jay Jay yang tidak berpuas hati dengan cara nyanyiannya.
Namun berkat ketelitian Jay Jay menjaga vokal dan membuat susunan muziknya menjadikan lagu ‘Pada Syurga Di WajahMu’ sukses.
Nash teresak menangis mengenang keperibadian Jay Jay yang berhemah.
M Nasir menganggap Jay Jay sebagai heronya dalam industri muzik
Ketika dirawat di Institut Jantung Negara pada Jun 2024 lalu, Jay Jay menerima sumbangan ziarah madani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.