Video| Aliff Syukri sekali lagi mohon maaf! Sekadar hiburan! Mokhzani sanggup jadi guru jaga vokal!

Published by
KitaReporters

SELEBRITI sensasi Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35, mendakwa suaranya sedap dan kini menjadi penyanyi nombor satu negara kerana semua lagu yang dinyanyi trending dalam YouTube. Memasuki hari keempat video muzik 'Baby Sayang' sudah ditonton hampir sejuta kali setakat tengah malam, 21 Ogos 2022.

Malah dia menyatakan berminat untuk merakam lagu bersama beberapa penyanyi popular tanah air seperti Datuk Awie, Datuk Jamal Abdillah, Anuar Zain dan Datuk Sri Siti Nurhaliza.

Walau bagaimanapun, dalam posting terbaharu dalam Instagramnya, Aliff Syukri cuba redakan suasana panas ekoran dakwaan tersebut dengan memohon maaf.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti Aliff Syukri



Nampaknya Aliff Syukri tidak kisah dikritik sejumlah individu seni termasuk penyanyi rock Awie bahawa dia memberi implikasi tidak sihat kepada industri seni negara.

Bangga dengan kehebatannya, Aliff kena buku dengan ruas apabila menerima kritikan pedas tokoh muzik negara, Datuk Mokhzani Ismail, 61, sehingga sekali lagi terpaksa membuat permohonan maaf dalam akaun Instagramnya

"Saya tak suka bergaduh saya suka kebaikan.. kepada semua terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan kepada semua rakyat Malaysia, artis semua lah.

"Apa yang berlaku ini hanya lah sekadar hobi menyanyi bersama @babyshimaofficial saya yang dibuat sekadar suka-suka sahaja dan hiburan semata-mata," jelasnya.



Mokhzani yang kini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik (Pemimpin Muzik) RTM secara kontrak setelah bersara wajib sejak 24 Februari 2022, meluahkan kritikan melalui akaun Facebooknya, Pianist DM.

"Yang ini nak cari 'part' (bahagian) yang betul pun tak jumpa," kata Mokhzani mengenai lagu duet Aliff Syukri dengan Baby Shima berjudul ‘Baby Sayang’.

Menurut Mokhzani, tular atau 'trending' bukanlah penentu kualiti sesebuah lagu. Namun, dia tidak menganggap ia mengganggu industri muzik tanah air.




"Sebenarnya pendengar suka mendengar, termasuk saya nak dengar apa yang tak kena. Memang tak kena kerana selalunya juri cari benda yang salah dalam nyanyian, tapi yang ini nak cari 'part' yang betul pun tak jumpa.

"Kalau dia masuk radio dan keluar di kaca TV lainlah. Kalau dia keluar fizikal CD pun belum tentu ada yang beli," tambahnya.

Mokhzani turut menawarkan diri untuk menjaga vokal Aliff secara percuma sekiranya berhasrat untuk terus menghasilkan lagu selepas ini.

Dia mengakui 'pantang' mendengar nyanyian sumbang Aliff dalam lagu itu.

"Lain kali panggil orang yang ada 'telinga' jaga vokal. Bukan kita tak mahu tolong. Kira okeylah keseluruhannya nak juga dia menyanyi, tapi itulah kena ambil tindakan sebab nak keluar radio tak semudah itu.

"Kita pun bukan tak nak berkompromi soal ini. Lagu ini 'simple' dan muzik pun okey. Sesuai dengan konsep, cumanya masalah pada nyanyian.

"Baby Shima tiada masalah tapi nyanyian Datuk (Aliff) nak lagi kena berlatih. Okeylah setakat keluar YouTube ada 813,000 (ketika itu) tontonan kiranya banyak. Cukuplah setakat itu," katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik menerusi Facebook Pianist DM.



Mokhzani yang sering diundang sebagai juri Anugerah Juara Lagu dan Gegar Vaganza menjelaskan Aliff mempunyai banyak kelemahan dari segi suara berbanding Shima yang disifatkan sempurna.

"Padahal boleh perbetul macam-macam teknik boleh diguna. Memang Baby Shima sempurna tapi sempurna dia terlalu 'perfect' untuk Aliff sampai akan dengar dia punya 'pitching' nampak keterlaluan larinya.

"Boleh lagi diperbetulkan, tapi tak tahulah penerbit ambil sikap, mungkin silap-silap Datuk ini pun kena kelentong dengan penerbit. Dia kata okey dah tu okey. Dia pun tak tahu apa, kata okey.

"Suara tak sepadan dengan suara Baby Shima. Ya Allah dengar baliklah. Padahal senang saja. Aduii tak tahu nak kata," tambahnya.



Menurut Mokhzani, dia tidak menyalahkan Aliff sepenuhnya tetapi penerbit lagu ini tidak menggunakan teknologi.

"Apapun penerbit sekurang-kurangnya gunakanlah mesin. Sekarang macam-macam boleh buat. Suara katak pun boleh jadi elok.

"Memang tak lepas untuk siar dalam radio. Bukan tak nak tolong tapi memang tak boleh. Baby Shima memang dah nyanyi sempurna. Tapi bila masuk vokal duet dengan seorang vokal begitu, memang tak lepas. Ada juga teknik vokal tampal. Kenapa jadi begitu? Cuba terang sikit penerbit," katanya.

Mokhzani berkata, sebenarnya tiada salah apapun untuk Aliff merakamkan lagu kerana semua orang bebas berbuat demikian.



"Sebenarnya banyak lagu sebegini dalam YouTube, tapi sebab dia Aliff Syukri dan dia seakan-akan mendabik dada dengan kenyataan artis nombor satu, itu yang orang tak boleh terima.

"Bagi saya untuk keluar YouTube bolehlah. Saya dah kaji dan dapati dia boleh menyanyi tapi sedap itu benda lain. Masalahnya saya rasa kepada pihak penerbitan album.

"Kalau ikut konsep lagu pun dia menyanyi sikit saja bukan sepenuhnya. Tiada satu 'line' yang panjang. Boleh diperbetulkan masa dalam studio," katanya.

"Dok saja2 bergolek ataih katey meh kaji lagu Dato Alif Sukri n Baby Shima…selalu juri  gigih nk cari note yg silap  dalam  nyanyian ..bab ni tak jumpa2  note yg betui… Rasa kalau Tok Ram mau dia bakaq studio ni…, katanya lagi dalam FaceBooknya. - KitaReporters


19
9
0
11
1

Copy Link: