KEMENANGAN Johor Darul Ta'zim (JDT) II 2-0 ke atas Skuad Projek FAM-MSN dalam saingan Liga Perdana 2022 membolehkan mereka merampas takhta daripada pendahulu sebelum ini, Kelantan Football Club (FC) dan JDT II mempunyai peluang besar untuk muncul juara jika mencatat dua kemenangan terakhir

Dua jaringan JDT II hadir pada separuh masa pertama dan kedua menerusi Levy Clement Madinda seawal minit ke-4 dan Junior Gunnar Putera Eldstal pada minit ke-53 sudah cukup memastikan tiga penting dibawa pulang. 

Kemenangan ini membolehkan JDT II dan Kelantan berkongsi mata namum perbezaan jaringan lebih memihak kepada Harimau Selatan.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Perdana


Kelantan FC yang sebelum ini selesa memimpin liga namun keciciran mata dalam beberapa perlawanan terakhir telah membuka ruang untuk pesaing mereka mengejar kembali untuk mencabar kejuaraan. 

Berbaki dua perlawanan terakhir, skuad kendalian Rezal Zambery Yahya wajib menang dan berharap lawan mereka akan tercicir mata namun jika kedua-dua pasukan mencatat kemenangan, kejuaraan Liga Perdana 2022 dilihat akan memihak kepada Harimau Selatan itu.  

Jika ini berlaku,  sudah pasti ia mengundang kekecewaan para penonton terutama para pemain The Red Warrior kerana kejuaraan hampir dalam genggam mereka namun terlepas pada saat-saat akhir. 

Tetapi harus diingat, dalam permainan bola sepak, selagi belum tamat perlawanan, apa-apa sahaja boleh terjadi dan mana-mana pasukan yang tercicir mata dalam dua perlawanan terakhir sudah pasti akan berputih mata. - KitaReporters



11
15
1
12
0

Copy Link: