Video| Terbaiklah akak! Pelanggan tetap bayar makanan yang rosak! Selepas rider terlibat kemalangan!
Published bySIFAT kemanusiaan dan prihatin seorang pelanggan tetap membayar pesanan kepada rider yang ditimpa kemalangan meskipun makanan itu jatuh raih pujian orang ramai dalam media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @nintymintyy, kelihatan wanita itu mencari dan menunggu rider di lokasi kemalangan terbabit selepas lokasi penghantar makanan tidak kelihatan dalam aplikasi rider FoodPanda.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantar-penghantar makanan
“Pesan Foodpanda nampak dah dekat dengan kawasan rumah tapi tiba-tiba rider berhenti dekat satu tempat dan tak bergerak-gerak. Kebetulan abah baru balik dan cakap ada rider Foodpanda accident dekat simpang.
“Kakak saya cakap mesti rider makanan kita. Kami nak pergi tempat tu untuk pastikan rider ok and tidak mahu dia tergesa-gesa hantar makanan. Kita tunggu dia selesai dengan amoi dulu baru pickup makanan.
“Makanan jatuh tapi kakak saya berkeras nak ambil dan bayar juga untuk makanan tu. Hati-hati semua riders, jangan rush hantar makanan, kami boleh tunggu,” kongsinya.
Rata-rata pengguna media berasa amat terharu dengan kebaikan yang ditunjuk oleh pelanggan itu sebagai contoh sehingga ramai rider turut berkongsi pendapat dalam video tular itu.
“Kalau la semua orang berfikiran seperti kakak, mesti kami tak rushing nak hantar,” kata @ceofbahagia.
“Kalau semua pelanggan mindset macam kakak kami ok tapi itu la tidak semua memahami ,” ujar @Muhayminn.
“Dunia tidak akan pernah hilang orang baik, terima kasih,” jelas @XPIK. - KitaReporters