Liga Super 2022: Kebangkitan dramatik Sabah FC! Pastikan peluang ke Piala AFC 2023 semakin cerah!

Published by
KitaReporters


Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mempamerkan semangat juang tinggi apabila melakukan kebangkitan pada akhir permainan untuk menewaskan tuan rumah, Sri Pahang 2-1 dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Pahang malam tadi. (11 Oktober 2022)

Park Tae-su menjadi wira untuk Sabah FC apabila jaringan pada masa kecederaan pada separuh masa kedua bagi memastikan mereka terus kekal di tangga kedua dan memberi harapan untuk terus bersaing merebut slot ke Piala AFC musim depan (2023)


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan Sabah FC


Bagaimanapun, Sri Pahang lebih mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol namun peluang yang terhidang sering dipersia begitu sahaja.  

Sabah pula bermain sedikit bertahan pada separuh masa pertama dan mengubah corak permainan pada separuh masa kedua untuk mencari gol kerana kemenangan untuk mereka sangat penting. 

Kedua-dua pasukan saling berbalas saringan dan mempunyai peluang terbaik tetapi masih gagal menemui jaringan. 

Jaringan yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-84 apabila Steven Rodriguez menghadiahkan gol pertama buat tuan rumah. 



Sabah yang ketinggalan dan masa semakin suntuk, mereka melakukan pelbagai gerakan untuk mencari gol dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-88 menerusi Dominic Tan pada minit ke-90. 

Perlawanan yang dilihat akan berakhir 1-1 tetapi Sabah mengubah sekali lagi kedudukan itu selepas jaringan Park Tae-su pada minit-minit akhir permainan sekali gus menafikan kemenangan buat Sri Pahang. 

Perebutan antara Sabah, Terengganu dan Negeri Sembilan semakin sengit dan perlawanan terakhir akan menjadi penentu pasukan yang mana akan mendapat dua slot ke Piala AFC- KitaReporters


14
12
0
19
0

Copy Link: