SUKALAM menunjukan surat laporan polis mengenai isterinya berselingkuh dengan pegawai polis. - kredit foto : Tribunnews.com


SEORANG suami sanggup berkorban apa saja demi membahagiakan kehidupan isteri serta anak-anaknya sehingga merelakan dirinya meninggalkan kampung halaman untuk merantau ke luar negara semata-mata untuk mencari rezeki yang halal bagi ahli keluarganya.

Namun tidak disangka pula, pengorbanan seorang suami yang bernama Sukalam, 41, berasal dari Desa Gulangpongge, Kecamatan Gunongwungkal, Kabupaten Pati, Jawa Tengah, Indonesia setulus hatinya itu dengan mencari pekerjaan di Jepun selama lima tahun akhirnya dinodai isteri sendiri.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan berselingkuh


Ia  telah diambil kesempatan oleh sang isterinya, SA, 30, untuk mengadakan hubungan selingkuh (hubungan sulit) dengan seorang pegawai polis dari Wilayah Ibu Pejabat Polis Cluwak.

Apa yang menyedihkan, anggota polis terbabit yang bernama RY yang melakukan perbuatan terkutuk bersama dengan isterinya itu adalah juga warga sekampungnya dan ada hubungan tali persaudaraan dengan Sukalam.

Sukalam menyedari kecurangan isterinya selepas dia berada di rumahnya selama tiga minggu setelah dia pulang bekerja dari negara matahari terbit itu pada Ogos 2021 lalu.

Sang suami mendapati tingkah laku serta perangai SA sudah jauh berubah sejak akhir-akhir ini apatah lagi setiap kali SA pergi ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan rumahnya, dia mengambil masa yang begitu lama kerana ketika itu isterinya mengambil peluang untuk berjumpa dengan RY.



Sukalam berkata, selepas dia curiga terhadap isterinya lalu dia bertanya kepada SA dan SA berterus terang menceritakan hubungannya yang sebenarnya dengan pegawai polis itu adalah pasangan selingkuhnya sejak lebih setahun lalu semasa dia berada di Jepun.

Menurut isterinya, kejadian itu bermula semasa SA meminjam wang sebanyak Rp1 juta (RM288) daripada RY dan tidak lama kemudian isterinya ingin menbayar wang yang dipinjam itu.

Sewaktu SA hendak membayar wang itu, katanya, RY berjanji dengan SA untuk berjumpa di sebuah hotel di daerah Tayu dan wang yang dipinjam itu bolehlah dibayar di situ.


VIDEO antara SA dan RY berselingkuh yang dirakam. - Kredit foto: Tribunnews.com 


‘’Sebelum isteri saya (SA) memberi wang, RY telah menghulurkan sebutir batu dan dia menyuruh isteri saya mecium dua kali batu itu sebelum RY memujuk dan mengajak isteri saya melakukan hubungan badan (seks).

‘’Hubungan seks antara mereka berdua itu tidaklah berakhir di hotel berkenaan malah mereka juga selalu melakukan hubungan badan di rumah sewa di daerah Tayu,’’ cerita Sukalam kepada Tribunnews.com pada Selasa, 30 N0vember 2021 lalu.

Sukalam percaya batu tersebut yang diberikan 0leh pegawai polis terbabit digunakan sebagai ilmu guna-guna untuk memikat serta menggoda hati SA bagi melakukan perbuatan maksiat.

Berikutan dengan perselingkuhan itu, Sukalam telah membuat laporan polis di Balai Polis Jateng pada 23 0gos 2021 lalu.

Selepas itu, pada 30 November 2021 lalu, Sukalam telah dipanggil ke Balai Polis Pati untuk memberi keterangan mengenai kronologi dan berserta bahan-bahan bukti berkaitan dengan kes tersebut.


SUKALAM 


‘’Saya bukan sengaja mahu menuduh RY tetapi saya ada bukti dan saya ada video yang dirakam semasa RY dengan berpakaian uniform polis sedang melakukan perbuatan tidak senonoh bersama isteri saya,’’ katanya.

Ketua Polis Daerah Pati, AKBP Christian Tobing mengatakan sehingga kini pihaknya sedang menyiasat kes tersebut.

‘’Kami akan mengambil tindakan yang tegas terhadap kakitangan serta pegawainya yang melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan polis dalam masyarakat.

‘’Sekarang kami masih menunggu hasil keputusan pasukan penyiasat mengenai kes itu. Setiap anggota polis yang melakukan kesalahan akan mendapat hukuman sejajar dengan kesalahan mereka,’’ katanya. - KitaReporters


Kredit foto: Suara Merdeka Solo

18
24
4
17
4

Copy Link: