Video| Apa dipakai Siti Nurhaliza jadi perhatian! Hari tu jam mewah RM1.1j! Kini skaf RM4,100!
Published byPersonaliti popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 42, sentiasa diberi tumpuan oleh orang ramai. Apa yang dilaku tidak lepas daripada pandangan serta komen orang ramai.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Siti Nurhaliza
/
Ketika muncul dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini pemakaian jam tangan mewahnya diberi perhatian.
Hasil pencarian netizen dalam Internet, seutas jam tangan mewah jenama Richard Mille dianggarkan bernilai kira-kira RM1.1 juta.
Dan kemunculan Siti Nurhaliza mengadakan persembahan dalam Pentas Hebat Shoppe pada Khamis, 11 November 2021 lalu lebih mendapat perhatian kerana program ini disiar secara langsung di TV3.
Kali ini pemakaian tudung atau skaf yang digayakan oleh bintang tersohor ini menjadi bualan ramai.
Hasil carian mendapati, skaf berwarna coklat yang diberi nama D-Oblique Shawl itu berharga RM4,100 sehelai. Ia bukan tudung biasa, Ia diperbuat daripada bahan eksklusif iaitu wul, kain kapas dan sutera.
Siti Nurhaliza muncul sebagai penyanyi profesional dengan suaranya tetap mantap dan gaya persembahannya memukau dengan kelincahannya tidak melihat dirinya seorang ibu punya dua anak.