SEMUA menyebut new norm atau norma baharu. Apakah sebenarnya norma baharu? Yakinkah kita bahawa norma baharu ini akan memberi tempias yang bukan sedikit pada rakyat? Tahukah kita sampai bila kita harus meneruskan kelangsungan hidup seperti ini? Perlukan penjarakan sosial, pelitup muka, hand sanitizer tiap kali berada di tempat awam serta kurangkan pergerakan tanpa sebab munasabah? : KitaReporters

 Kredit foto: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang


Penularan wabak pandemik COVID-19 di dunia termasuk Malaysia telah membawa satu frasa baru dalam kehidupan kita hari ini. 

Pergerakan kita semakin terbatas. Yang bekerja dengan cara bekerja. Habis kerja terus balik. 

Begitu juga yang membeli barang.. selesai buat pembayaran terus pulang ke rumah. 

Sesi mengeteh bersama kawan harus dilupakan buat seketika. Untuk berlibur.. hentikan buat sementara waktu ye.

Abaikan semua yang tidak penting ketika berada di luar rumah. Fikirkan dan utamakan keselamatan diri dan keluarga.

Tiada siapapun mahukan keadaan ini terjadi. Tiada siapa menjangkakan wabak ini menyerang dunia. 

Jutaan manusia sudah dijangkiti. Ratusan ribu manusia sudahpun tewas!!

Setiap hari ada sahaja kes positif COVID-19 dan kematian diumumkan dalam media massa. 

Mampukan kita berdepan dengan virus 'pembunuh senyap' ini. Ketakutan sentiasa menyelubungi diri.

Gambar hiasan


Sebagai rakyat, kita sepatutnya prihatin dan patuh kepada saranan pemimpin. Diam di rumah jika tiada keperluan. Bila berada di tempat awam silalah amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, kerap mencuci tangan dan gunakan sabun atau hand sanitizer. 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus dilaksanakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagaikan memberi sedikit ruang untuk rakyat menyusun atur kehidupan dengan lebih teliti dan terancang. 

Norma baharu perlu dipraktikkan secara menyeluruh.



Justeru, inisiatif yang diambil oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang dengan kerjasama kerajaan Pahang yang memperkenalkan enam norma baharu kebersihan dilihat amat tepat pada waktunya ketika Malaysia sedang berusaha mengekang dan membendung virus ini daripada menjadi kudis dalam kehidupan. 

Elok sangat norma baharu diperkenalkan! Belajar disiplinkan diri.

Dari kiri, Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan MPK Datuk Hamdan Husin 


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Abd Rahim Muda berkata, objektif pewujudan norma baharu itu bertujuan menyuntik semangat dan memelihara alam sekitar secara menyeluruh. 

Menurutnya, pelaksanaan itu juga mampu memelihara kesejahteraan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat seterusnya menjamin kelestarian alam sekitar. 

Tak salahkan kalau kita cuba untuk praktikkan norma baharu ini. Tak cuba tak tahu. Dah cuba eloklah diteruskan. 

"Norma pertama yang kita gariskan ialah dengan mengamalkan budaya kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan dan menggunakan cecair pensanitasi tangan. 

"Kedua, masyarakat perlu mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka bagi yang bergejala. 

"Ketiga pula adalah mengurangkan penjanaan sisa makanan dan pengasingan sisa pepejal. 

"Norma keempat ialah elak pembaziran makanan.

"Kelima pula menggunakan bekas makanan dan beg guna semula ketika membuat pembelian.

 "Keenam ialah rancang pembelian dan amalkan budaya ‘Trash to Cash’," katanya dalam sidang media norma baharu kebersihan Pahang di pejabat SWCorp di Kuantan.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Abd Rahim Muda diberi penerangan mengenai norma baharu kebersihan selepas mengadakan sidang media norma baharu kebersihan Pahang di pejabat SWCorp di Kuantan.

Menurutnya, kesemua norma baharu kebersihan ini adalah penting bagi memperkasakan usaha dan kerjasama semua pihak dalam memutuskan rantaian COVID-19 di negeri ini. 

Abd Rahim berkata, norma baharu itu diwajibkan untuk diamalkan oleh semua petugas kebersihan membabitkan syarikat konsesi, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan. 

"Mereka juga diwajibkan mengamalkan pelindungan diri dengan memakai pelitup muka, sarung tangan dan penjarakan sosial di lokasi pembersihan," katanya. 

Beliau berkata, pelaksanaan sanitasi kenderaan di depo sebelum masuk dan keluar ke lokasi pembersihan perlu dilakukan. 

"Jadi kita meminta semua masyarakat mengambil tanggungjawab untuk membudayakan kebersihan dan norma baharu yang digariskan," katanya. 

Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia


Dalam pada itu, katanya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menyediakan laluan khas khusus bagi warga emas di pasar besar Kuantan, menjelang Aidilfitri yang akan disambut Ahad, 24 Mei 2020 ini. 

Beliau berkata, golongan itu tidak digalakkan mendedahkan diri di tempat awam, namun sekiranya tidak dapat dielakkan, pihak kerajaan bersama MPK menyediakan inisiatif bagi membantu warga emas supaya tidak perlu beratur panjang menunggu giliran. 

“Pasar besar Kuantan hanya membenarkan seramai 30 pelanggan sahaja pada satu-satu masa, jadi sudah pasti orang ramai perlu beratur panjang untuk membuat pembelian terutama menjelang musim perayaan Aidilfitri," katanya.

Jadikan norma baharu sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Marilah kita berperang melawat makhluk halus tidak bertuan ini. 

Just #stayhome #staysafe untuk memutuskan rangkaian COVID-19 ini. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: