Sepuluh, satu belas? Ayuh, bangun kau otak! Sama-sama hitung dengan aku! Bagi pintar ya otak!

Published by
KitaReporters


Kerana wabak Covid-19, banyak sekolah baik di Malaysia atau di Indonesia ditutup pada tahun 2020 lalu, sekali gus masa persekolahan menjadi pendek. Akibatnya, ramai murid dirasakan ketinggalan dalam pelajaran mereka.

Lebih malang ramai juga yang pula yang sudah mula lupa apa yang diajar di dalam kelas, khususnya murid-murid prasekolah atau peringkat sekolah rendah.

Lucunya, pelbagai kaedah digunakan oleh anak-anak tersebut bagi mengingati apa yang dipelajari, termasuk mengarahkan 'otak' agar segera bangun setelah sekian 'tidur' gara-gara sekolah ditutup.-


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sekolah:

https://kitareporters.com/search?search=sekolah



Ramai antara ibu bapa pula mengambil kesempatan merakamkan gelagat anak-anak mereka mengulang kaji pelajaran membaca ABC sehinggalah mengira 123.

Bermacam ragam, lawak serta hiburan tidak kurang juga memeningkan kepala si ibu bila berhadapan dengan si anak yang sudah "berkarat" dengan pengetahuan asas disebabkan penutupan sekolah yang berpanjangan.

Baru-baru ini tular dalam laman sosial Facebook dan Instagram yang menyaksikan kesungguhan seorang budak lelaki mungkin bersekolah rendah mengira sambil diperhatikan oleh ibunya yang memantau kelancaran ulang kaji yang dilakukan.


Gelagat spontan anak kecil yang memarahi otaknya yang begitu perlahan mengingatikan angka sebelas. 


Apa yang melucukan anak yang berusia sekitar tujuh ke lapan tahun itu berasa kecewa lantas memarahi otaknya yang begitu perlahan untuk mengingati kiraan angka sebelas dengan lancar sehingga sering kali tersalah menyebut angka "satu belas".

Kekhuatiran yang dijelmakan bukan hanya pada kata-kata malah diselangi dengan beberapa perbuatan kekecewaan seperti mengusap-usap mulut dan dahinya serta memalingkan matanya ke atas tanda tidak berpuas hati.


Sering ditekan ibunya apabila sering menyebut satu belas bukan angka sebelas.


"Sebelas.. sebelas.. sebelas.. Aduh! kenapa mulutku ini. Satu belas, dua belas.. aduh! Kenapa otakku ini, otakkkkk! Kenapa kayak gini," kata anak itu.

Tekanan yang diberikan si ibu turut menggeruhkan lagi keadaan dalam mengingatinya secara sempurna dengan gelagat kekecewaan yang berlanjutan ditunjukkan si anak dalam menyebut angka sebenar.

Si ibu yang bimbang akan ditertawakan orang apabila mendengarkannya berusaha untuk membetulkan sebutan yang sebenar secara berulang-ulang.


Kredit video: Facebook @kelantan


"Harus bangun kau otak! Harus bangun kau ya otak, harus bangun! Hebatkan aku ini otak. Kita hitung sama-sama ya otak, ini otak kita hitung sampai pintar kita ya otak", keluhnya bersemangat.

Puluhan ribu mengetik suka, ada yang berkongsi dan merespons dengan bermacam komen membina dengan aksi spontan yang ditunjukkan anak itu.

Rata-ratanya netizen dalam laman sosial menyokong kelogikan sebutan angka sebelas disebut dengan sebutan "satu belas" kerana angka yang seterusnya disebut dengan awalan kiraan dua, tiga, empat dan ditambah dengan angka "belas" merujuk kepada dua belas hingga sembilan belas.

Netizen juga memuji kegigihan serta motivasi positif yang ditunjukkan si anak yang tidak berputus asa dan terus berdoa meletakkan keazamannya untuk berjaya menyebut angka sebelas dengan baik.




Respons netizen dalam laman sosial Facebook


Proses pembelajaran anak-anak sememangnya akan dihujani dengan peel dan ragam yang tidak tersangka dilakukan mereka. Sesuatu perkara mudah bagi kita dan sukar serta kritikal bagi mereka yang baru mengetahui dan mengenalinya.

Dorongan keluarga yang konsisten dapat memberikan semangat si anak untuk melangkau lebih cepat dan tangkas memahami sesuatu pelajaran yang diajarkan.

Tekanan bukanlah suatu "metode" terbaik untuk mengajar mereka secara sempurna dan lancar. 

Sebagai ibu bapa kita harus sedar tumbesaran anak-anak sezaman teknologi pesat membangun kini harus disertakan dengan teknik yang bersesuaian sejajar dengan pertumbuhan minda mereka.

Tidaklah bermaksud memberikan apa sahaja sampai mereka memijak kepala, pemantauan berkala ibu bapa mengajar secara berkasih sayang dan berhemah tanpa kekerasan akan lebih menarik minat mereka untuk mendekatinya.

Marah-marah juga tapi marah dengan kelembutan. Teringat pula penulis dengan kata-kata orang tua dahulu, katanya begini "ajar anak biar menjadi hamba agar membesar tidak menjadi tuan" dan "biarlah mereka menangis hari ini kelak akan tersenyum dan berbangga".

"Lepas sepuluh apa??  Ya, sebelas kita ulanginya sebelas bukan satu belas tau. Mari sini anak ibu yang bijjak ibu peluk. Mari! Mari! Pandai anak ibu ni, mudahkan?" - KitaReporters

8
5
0
5
0

Copy Link: