Keluarga Malaysia: Yayasan Al Khalifah dan CIMB Islamic Bank! Laksanakan kerja kebajikan, amal!
Published byKetua Serantau, Perbankan Borong, CIMB Islamic Bank, Mohd Ekmal Mohd Zazi (kiri) melakukan gimik penyerahan sumbangan wang zakat kepada Penasihat 1 PJMM, Azman Rasman sambil diperhatikan oleh Penasihat 2 PJMM, Mohiadin Bahado dan Pengerusi Yayasan Al Khalifah, Datuk Dr Abdul Razak Kechik pada 27 April 2022.
PERKONGSIAN Yayasan Al Khalifah dengan CIMB Islamic Bank berjaya melaksanakan program kebajikan dan kerja amal bagi membantu keluarga miskin, asnaf, rumah anak yatim dan Orang Asal di seluruh negara sejak lebih 10 tahun lalu.
Pengerusinya,
Datuk Dr Abdul Razak Kechik, berkata sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yayasan sentiasa komited dalam menyelaras dan melaksanakan program kebajikan
serta kerja amal itu sebagai memenuhi amanah dan tanggungjawab sosial khusus
CIMB Islamic Bank.
Menurutnya, yayasan akan menyusunkan program itu sebaik mungkin terutama bagi memastikan supaya yang terbabit menerima manfaat atau infak disediakan bagi membantu meringankan bebanan urusan kehidupan mereka seperti keluarga miskin dan asnaf.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerja-kerja amal
Mohd Ekmal menyerahkan sumbangan wang zakat kepada warga emas di PJMM sambil diperhatikan Azman (kanan) dan Abdul Razak (dua dari kiri).
“Daripada program yang disusun begitu rapi yayasan sudah menyalurkan bantuan kepada 80 rumah anak yatim seluruh negara dalam usaha membantu urus tadbirnya terutama bagi memastikan anak yatim yang berlindung di situ dijaga kebajikan mereka.
“Setiap
program dianjurkan ini akan disediakan laporan lengkap setiap tahun untuk
dipanjang kepada pihak terbabit sebagai memaklumkan bantuan disalurkan itu
digunakan pada landasan yang betul serta memberi manfaat kepada penerima infak,”
katanya ketika berucap pada Program Harapan Ramadan CIMB Islamic dan majlis
Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat CIMB Islamic Bank di Pusat Jagaan Mahmudah
Malaysia (PJMM), di Semenyih, Selangor pada 27 April 2022.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Serantau, Perbankan Borong, CIMB Islamic Bank, Mohd Ekmal Mohd Zazi; Penasihat 1 dan 2 PJMM, Azman Rasman serta Mohiadin Bahado; dan Ahli Jawatankuasa Yayasan Maghfirah yang menginfak naskhah al-Quran untuk pusat jagaan itu.
Ahli Jawatankuasa Yayasan Maghfirah (kanan) melakukan gimik penyerahan sumbangan naskhah al-Quran kepada Azman untuk penghuni PJMM sambil diperhatikan Mohiadin, Mohd Ekmal dan Abdul Razak.
Abdul Razak berkata, dia sendiri mungkin terlepas pandang mengenai kewujudan pusat jagaan warga emas terutama menjaga serta mengurus mereka yang sudah uzur tiada waris tanpa dikenakan sebarang bayaran perlu diberi perhatian serupa untuk menerima bantuan.
Menurutnya,
daripada pengalaman beliau sendiri untuk menjaga serta mengurus warga emas yang
sudah uzur terlantar di atas katil serta dibebani dengan pelbagai penyakit
bukanlah suatu perkara mudah berbanding mentadbir rumah anak yatim.
“Selain membabitkan kos pengurusan yang tinggi apabila terpaksa membawa warga emas terbabit mendapatkan rawatan di hospital dan sebagainya merupakan cabaran serta dugaan yang besar kepada petugas apabila terpaksa menyantuni dengan baik pelbagai karenah mereka itu,” katanya.
Mohiadin (kiri) menerangkan mengenai buku Terkulai Di Senja Hari yang diterbitkan bagi dijual untuk mencari dana kepada Mohd Ekmal dan Abdul Razak.
Mohd Ekmal
berkata, Yayasan Al Khalifah sudah sekian lama bertindak sebagai pemudah cara
kepada CIMB Islamic Bank dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan dan
kerja amal membabitkan dalam kalangan keluarga miskin, asnaf dan dakwah serta
pendidikan agama untuk Orang Asal.
Menurutnya, sebanyak RM150,000 sudah disalurkan kepada yayasan berkenaan untuk meneruskan usaha murni itu di seluruh negara dan bagi memastikan program mencapai matlamat sasaran, mereka boleh bekerjasama dengan cawangan CIMB Islam Bank setiap negeri.
Sementara itu, Azman berkata, dalam tempoh dua tahun pandemik Covid-19 PJMM terpaksa beroperasi dalam serba kekurangan apabila banyak pihak tidak dapat hadir untuk menghulurkan bantuan dan sebagainya.
“Kami tetap mentadbir dan menguruskan dengan baik menyantuni warga emas tersisih yang berlindung di PJMM seperti biasa sebagaimana memenuhi tanggungjawab serta amanah yang dipikul tanpa mengabaikan layanan terhadap mereka,” katanya. - KitaReporters
Abdul Razak dan Mohd Ekmal menyantuni warga emas wanita di PJMM bagi menerima sumbangan wang zakat.
___________________________________