Doa netizen termakbul! Pembunuh tiga kucing direman 4 hari!
Published byBERIKUTAN kes pembunuhan kejam tiga ekor kucing oleh seorang lelaki dengan menyumbatnya ke dalam mesin basuh di dobi layan diri di Kepong, Kuala Lumpur, pihak polis telah berjaya memberkas individu terbabit. Penangkapan itu, sekali gus ‘memakbulkan’ doa netizen agar pembunuh kejam dan tidak berhati perut itu ditangkap segera. : KitaReporters
Lelaki terbabit didakwa kurang siuman selepas kematian ibu bapanya.
Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 30-an itu kini sudah direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Akta kebajikan Haiwan 2015.
Lelaki terbabit diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) malam tadi (12 julai 2020) oleh penduduk yang mengenalinya.
Bagi memastikan punca kematian kucing tersebut,
menurut Pegawai Perhubungan Awam JPV, Dr Zainita Mohd Noor, bangkai kucing itu
sudah diambil untuk dibedah siasat.
Bangkai tiga ekor kucing tersebut diambil untuk dibedah siasat.
Sementara itu, lelaki yang direman itu dikatakan kurang
siuman dan hidup bergelandangan selama ini selepas kematian ibu bapanya.
Semoga selepas ini, pemilik dobi layan diri 24 jam dan
masyarakat mengambil iktibar agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. - KitaReporters